Mutiara kata

Sep 29, 2008

Salam Aidilfitri


Dengan ingatan penuh tulus ikhlas, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seadainya sepanjang perkenalan kita saya pernah terlanjur kata, terkasar bahasa, mohon di maafkan. semoga dengan kedatangan syawal ini membawa seribu makna buat semua.

******************************************************
Selamat menyambut hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin


*****************************************************
salam lebaran,
-nora-

Sep 25, 2008

::mood raya:: part 2

Sedar tak sedar, tak sampai seminggu raya bakal menjelmakan waktunya...masih kat opis mem'bz'kan diri dgn pelbagai keja..adoiiiiiiiiiiii.......tak shopping2 lg ni..w/pun ketibaan raya ni serasa seperti hambar..maklumla kos hidup yg semakin meningkat, tp sy harap raya ni ada sesuatu keajaiban akan berlaku..mesti hidupkan 'mood raya' baru semangat.

Raya tahun ni, kami sekeluarga insyaallah akan berkumpul..semua adik beradik akan balik. heheh, bestnya. nak ajak p ambik foto family la..:)

Dalam kemeriahan utk mnyambut raya juga, ramai juga yg akan menamatkan zaman bujang..ada juga yg bakal menjejakkan kaki ke alam pra perkahwinan ( tunang ) like my fren ni, pija... dan di doakan semoga semuanya berjalan dgn lancar hendaknya...insyaallah..


p/s: sabtu ni sy nak plan ambik cuti da...wow...weeeee...!!!

Sep 22, 2008

Doktor + Ubat + temujanji = Sgt x BEST!!!

Sy masih tak percaya, sy ble ada temujanji dgn doktor dan buat mcm2 test..sbnrnya ari ni sy baru balik dr hospital sambil ditemani oleh SI DIA..Dia temankan sy w/pun pada dasarnya sy mmg org yg berani..sbnrnya dia risaukan sy...sy tau...:((

sy harap sy tak sakit..xnak sakit...tau x, sy tak suka bila sakit. tp nak buat camna, dlm tempoh 2-3 thn ni sy tetap dlm pemerhatian doktor..sy harap sy OK...xnak ada sakit yg serius2..tlg doakan agar kesihatan sy baik2 aje...

Sep 20, 2008

MMS frm Pn Jue



Beberapa hari yg lalu, dpt MMS frm jue..rupanya dia skrg da jadi MAMA da..tahniah buat jue & zuhaili..

p/s : cute kan baby tu. bila di lihat2, baby jue mirip mamanya..tp mungkin ada skit bapanya cuma sy blum berkesempatan berjumpa mereka berdua..tp cik memel kenal..kan mel? kan..kan..:)

Sep 18, 2008

MAAFKANLAH...

* actually artikel ni sy copy paste dr emel. apapun ia sekadar renungan kita bersama.

Dua orang sahabat karib sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.

Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencuba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya.

Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu: HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU. Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya,
"Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?"

Temannya sambil tersenyum menjawab,
"Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak mudah hilang ditiup angin."

Cerita di atas, bagaimanapun tentu saja lebih mudah dibaca dihayati. Begitu mudahnya kita memutuskan sebuah persahabatan hanya kerana sakit hati atas sebuah perbuatan atau perkataan yang menurut kita keterlaluan hingga menyakiti hati kita. Sakit hati lebih mudah untuk diingati berbanding begitu banyak kebaikan yang dilakukan. Mungkin ini memang sebahagian dari sifat buruk diri kita.

Kerana itu, seseorang pernah memberitahu saya apa yang harus saya lakukan ketika saya sakit hati. Beliau mengatakan ketika sakit hati yang paling penting adalah melihat adakah orang yang menyakiti hati kita itu telah kita sakiti terlebih dahulu.

Bukankah sudah menjadi kebiasaan sifat manusai untuk membalas dendam? Maka biasanya bila kita telah melukai hatinya terlebih dahulu dan dia juga menginginkan kita merasai sakit yang sama seperti yang dia rasakan. Boleh jadi juga sakit hati kita kerana kesalahan kita sendiri yang salah dalam menafsirkan perkataan atau perbuatan teman kita
. Oleh itu, kita akan mudah tersinggung oleh perkataan sahabat kita yang dimaksudkannya sebagai gurauan.

Namun demikian, orang yang bijak akan selalu mengajari muridnya untuk memaafkan kesalahan-kesalahan saudaranya yang lain. Tapi ini sangat berat untuk dilakukan. Kerana itu beliau mengajari kami untuk 'menyerahkan' sakit itu kepada Allah - yang begitu jelas dan pasti mengetahui bagaimana sakit hati kita - iaitu dengan membaca doa, "Ya Allah, balaslah kebaikan siapapun yang telah diberikannya kepada kami dengan balasan yang jauh dari yang mereka bayangkan. Ya Allah, ampuni kesalahan-kesalahan saudara-saudara kami yang pernah menyakiti hati kami."

Bukankah Rasulullah pernah berkata, "Tiga hal di antara akhlak ahli syurga adalah memaafkan orang yang telah menganiayamu, memberi kepada orang yang mengharamkanmu, dan berbuat baik kepada orang yang berbuat buruk kepadamu".

Kerana itu, Saudara-saudaraku, mungkin aku pernah menyakiti hatimu dan kau tidak membalas, dan mungkin juga kau menyakiti hatiku kerana aku pernah menyakitimu. Namun dengan izin-Nya aku berusaha memaafkanmu. Tapi yang aku takutkan kalian tidak mahu memaafkanku. Sungguh, Saudara-saudaraku, dosa-dosaku kepada Tuhanku telah menghimpit kedua sisi tulang rusukku hingga menyesakkan dada.

Saudara-saudaraku, jika kalian tidak sanggup mendoakan aku agar aku 'ada' di hadapan-Nya, maka ikhlaskan segala kesalahan-kesalahan ku. Tolong jangan kau tambahkan kehinaan pada diriku dengan mengadukan kepada Tuhan bahawa aku telah menyakiti hatimu.

p/s: maafkanlah diri ini andainya sy pernah menyakiti hatimu tanpa sedar...

::mood raya::

Hanya tinggal seminggu lebih lg umat islam, muslim dan muslimat bakal menyambut kemenangan berpuasa selama sebulan iaitu aidilfitri. Kemungkinan besar ia jatuh pada tanggal 1 oktober 2008.. tahun ni, lebih tertumpu utk lebih save budget. berbelanja ala kadar. yelah barang semua da naik. kita hidup bukan sekali ja..banyak benda nak d beri keutamaan juga.

sebenarnya dalam hati xsabar nak sambut raya. tp kehangatan raya tahun ni seperti berkurangan berbanding tahun2 sebelumnya. napa ya?? persediaan utk umah thn ni, huh!! nampaknya kena keja kerasla skit membersihkan umah. sekarang umah mcm tongkang pecah. hehe..iye iye je cakap tongkang pecah..dak la..skit2 ja..cuti yg ada d hujung minggu ni kena banting tenaga la kemas umah awal2. buat apa yg patut..dlm kepala ada mcm2 plan..biarlah rahsia..-bak kata ct nurhaliza

kueh raya???sebut pasal kueh raya thn ni xda mood nak buat kueh raya. men beli n tempah je. thn lepas buat skit2 kueh raya juga. xtaula napa xda kemahiran nak buat kueh ni. kueh tu jadi la juga klu d buat, tp bentuk tu...agak melucukan. segan pla nak d hidangkan. tambah lagi bila ada kawan2 yg mengusik mncari kueh yg sy buat..heheh, chef nora yg sering merosakkan mood kueh raya..

kad raya?? rindu nak dapat kad raya..mcm zaman sekolah dlu2..tinggal kat asrama. jadi warden n ketua asrama ada buat 1 kotak raya.mcm kotak kat pejabat pos tu lebih kurang cuma bezanya kotak raya ni 1 je..pastu comel+bnyak bunge2 + kreatif..di letakkan kat sblh bilik warden.nak bagi kad raya, letak dlm kotak tu le. wah..mcm pejabat pos pla..jadi tiap2 ari berebut2 nak cek kad raya..maklumla kotak cuma 1 tp penghuni asrama kan ke ramai..hikhikhik...dpt banyak kad raya masa tu..hati ceria, sampai x ble nak tunggu raya menjelma tiba..sibukla skit nak balas. wah, mcm artis la pla..ramai peminat. yeke ramai peminat???geli hati. senyum2 da dpn PC skrg ni...heheh...tp sekarang, oleh kerana da canggih..yela da ada sms, mms, email..cara paling cpt, kirim ucapan guna tu ler..kemudahan da ada. napa nak d abaikan.. dr beratur kat pejabat pos membeli setem..kan guna banyak uwang..heehh..tp hakikatnya sy lebih suka kad raya banding mms, sms, atau email ni.. sbb kad raya ble simpan..boleh collect banyak2. mms, sms, email..klu inbox da penuh kena delete..tul x?

okla, nnti sembang pasal raya lagi..rs mngantuk pla pagi2 ni, sbb bangun jam 3 lebih prepare sahur td...buat kengkawan semua..slmt buat persediaan raya eik..

Sep 15, 2008

Apabila sering dipersalahkan..

perasaan sering jadi tak enak apabila sering di persalahkan..:( xbole ke fikir sendiri apa yg menyebabkan sesuatu hal itu terjadi??? well, mungkin juga semuanya harus dipersalahkan. rsnya x adil sekiranya hanya org tertentu yg harus dipersalahkan..

Sep 10, 2008

PROMOSI RAYA


Tudung corak floral & abstrak

Price : RM 23 /each
2 pcs only for RM 40
Material : Polyester

hurry and grap it at http://shikin-boutique.blogspot.com



Sep 9, 2008

Perempuan itu WANITA

insan yg bergelar perempuan itu adalah WANITA ..punya hati selembut kapas..
punya naluri dan perasaan yg begitu sensitif...hatinya begitu rapuh..namun hujungnya sangat kuat.
sering berpegang pada cinta yg suci..

Andai disakiti, mudah memaafkan. Namun sukar utk melupakan..Tp WANITA tetap insan yg kuat dalam memperjuangkan haknya sebagai WANITA

p/s : sy begitu sentimental..upss!! terlebih sudah..

Sep 6, 2008

no name

hari ni sy dtg awal bangat kat opis ni..oleh kerana dtg awal, sy pun kemas2 opis..bg rapi apa yg patut..pas tu..duk terconggok dpn pc ni..baca blog pija, ernie..sapa2 je yg berkenaan la..suka baca kisah2 mereka ni..ada je citer yg drg update setiap hari...xmcm saya, tunggu ada citer yg mmg nak share sgt br publish kat blog. tau x, blog ni umpama diary kehidupan kita. bezanya klu diary buku, keep a secret. klu diary blog ni, hah!!! sape2 ble baca..no secret okay...:)

blog pija td nama sy ada terselit sama. berkenaan dgn raya ni..well, dlm kepala hotak ni, mcm2 plan nak buat masa raya. tp yela, kita hanya merancang, allah swt yg tentukan..mmg kadang2 ada isi tersurat n tersirat, terpulang mcmana kita realis kan..raya ni nak buat mcm2 tp rsnya persediaan tu sama macam raya2 lepas...huh..tau2 la barang skrg semua da naik hrga..so, kena jimat cermatla dlm pengeluaran 'fulus' ni..

pja..jgn sedih klu blum ada keje dan gaji sendiri..kan ada mak bapa..ehhe..statement yg mayB kurang menyenangkan..pja, sbnrY byk cara yg halal utk kita tambah dan cari pendapatan ni. contoh, meniaga..kan skrg ko pun da stat wlpun kecik2. xpe..sabar itu kan separuh dr iman...ala, org yg keje pun, salary klu takda kenaikan, hampeh gak..actually sgt2 tak suka dgn bos br skrg ni. mcm2 la nak d suh buat..tp nasib baikla tak jumpa bos dpn2 ni..selalu guna google talk je..ada apa2 call atau msg kat google talk..tp yg paling tak best, gaji ni...nak cari keje lain la pla.. ( merajuk ngan company )..dia tak tau pun sy letak kat blog kisah ketidakpuasan ati ni..padan muka!!!

Sep 3, 2008

A Little Girl

cute huh?!!! bestnyer masa kecik-kecik dlu kan..yg tau hanya ketawa, main, makan, nangis..tu je la..bila da dewasa ni, mcm2 nak kena fikir..tp masa kecik dlu..selalu nak jadi org dewasa..back to the future..nak tau klu dewasa, muka camna, kawin ngn sapa, keja apa..heheh..lucu juga bila kenang balik..bila da dewasa ni, teringin la sgt masa lepas berulang semula...klu ada doraemon, rasanya poket kecik tu boleh membawa kembali ke masa lepas...

"kembali ke masa silam..."<-- tiru suara doraemon.. sambil masuk ke dalam poket biru doraemon..

wahh...iya2 ja imaginasi ni..tp klu betul, rsY ramai taknak lepaskan peluang..

p/s : sungkai pe ptg ni???:)

Sep 2, 2008

1st Ramadhan

Cptnya masa berlalu..tanpa sedar da masuk ramadhan..selamat berpuasa buat semua kengkawan..dan rsnya belum terlewat utk mngucapkan selamat menyambut hari merdeka yg ke 51..

Merdeka!!! i Love Malaysia!! :)