Mutiara kata

Jan 15, 2009

INFO : Orang Gemuk Cepat Tua

Menurut kajian yang dilakukan mengenai masalah "chromosomal clock" pada sel tubuh badan manusia, masalah kegemukan atau obesiti akan mempercepatkan proses penuaan jika dibandingkan dengan tabiat merokok.

Tim Spector, dari Hospital St. Thomas, London telah melakukan 'telomere', iaitu kajian mengukur tahap kepanjangan kromosom pada sel darah putih. Kajian ini dilakukan terhadap 1122 orang wanita berusia di antara 18-78 tahun. Setiap kali sel terbahagi dua, telomere akan kehilangan sepotong kecil DNA.

Ketika ia menjadi terlalu pendek, sel tidak lagi berupaya utk terbahagi dua. Pemendekan telomere ini berlaku sebagai "chromosomal clock", melakukan perhitungan ke bawah terhadap generasi selular. Semakin pendek telomere, manusia akan semakin tua secara fizik.

Spector jg menemui bahawa sel2 darah putih daripada wanita yang lebih muda memiliki telomere lebih kurang sepanjang 7500 ukuran dasarnya. Panjang telomere ini akan mnyusut seiring dengan pertambahan usia dan rata-ratanya di antara 27 ukuran dasar per tahun.

Bila faktor gaya hidup dimasukkan ke dalam pengukuran, maka satu perubahan drastik akan muncul. Perbezaan di antara mereka yang mengalami kegemukan dan mereka yang mempunyai tubuh badan yang langsing mencapai 8.8 tahun. Ini bermakna mereka yang lebih gemuk akan mengalami proses penuaan 8.8 tahun lebih cepat.

Uniknya, kaitan di antara konsentrasi leptin yang tinggi dengan pemendekkan telomere jauh lebih kuat daripada hubungannya dengan kegemukan apabila ia diukur berdasarkan indeks massa tubuh. Leptin adalah hormon pengawal nafsu makan, di mana orang yang berbadan besar atau yang mengalami masalah kegemukan cenderung kebal terhadap hormon ini walaupun mereka memilikinya di dalam kuantiti yang lebih banyak.

sumber : Mingguan Wanita

********************************************************

Pertama sekali saya memohon maaf sekiranya info ini boleh menyinggung hati dan perasaan bagi mereka yang berbadan agak 'besar'. Samada utk mempercayai atau tidak, terserah pada anda kerana saya sekadar ingin berkongsi bersama info yang diperolehi ini.

Mak saya pernah kata, orang gemuk ni sebenarnya awet muda. Lambat nampak tua berbanding yang berbadan kurus dan langsing... apapun pandangan dan pendapat, anda tentukan sendiri. Yang pasti samada Gemuk atau sebaliknya, kedua-duanya mempunyai baik dan buruknya. Bak kata Nabil ( RLA ) "Lu fikirlah sendiri"




4 comments:

Cora said...

betul ba nie...?? mesti lose weight la ni sudah hehehe

Nora Yusop said...

hehhe...xla..maintain mcm tu juga ni leaemy..nda taula betul atau x. skdr mo share info saja..

Anonymous said...

adehhh ako sudah gumuk kah??? asep lupa je nih... aiyakkk

Nora Yusop said...

yg penting maintain kak dan sihat selalu...:)