Mutiara kata

Apr 27, 2009

Sedikit penat & letih

salam.

nora baru balik dr sekolah. letih sedikit tp gagahi juga diri ni utk mem'blog'.rindu mo mem'blog' faham x? kat cni cuaca sgt panas...dan juga mengalami sedikit masalah air...huhuh..dugaan..

apapun lepas ni nak rehat sekejap. nak tdo d bawah kipas yg berputar...nak sejukkan badan. k, jumpa lagi...

Apr 21, 2009

Meluah perasaan..

Salam...

hi, hari ni nora nak citer pasal Telupid. Pekan Telupid. Mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan dr Pekan Ranau. Penat sedikit memandu. Daerah yg sedikit panas dr Ranau. Sampai sna mmg cuacaY panas.. pekan yg agak kecil. Dari mata ini, kelihatan pekan telupid memerlukan lebih banyak infrastruktur... hehhe, pandai cakap je nora ni.. korang tak caya kan?? dtg dan lihat sendiri..

Xjauh sgt sebenarnya sekolah nora dgn pekan telupid. tp klu takda kenderaan, mmg 'masak'la sedikit di panah mentari...kelmarin nora lapor diri bertugas kat sekolah tu. Semua da settle cuma tempat tinggal tu xda lagi. Jenuh mencari, akhir pulang ke ranau semula.. Mngkin utk beberapa tempoh terdekat ni terpaksa menumpang 'kasih' d umah kazen.. xpela, at least ada tempat berteduh kan..nnti usaha mencari umah akan diteruskan selepas ni.

Sebenarnya hati nak menangis.. xtau camna nak terangkan keadaan. Bukan memilih, tp mngkin juga nora blum terbiasa dgn keadaan d cna. owhh, doakan nora tabah menghadapi keadaan d cna k. Isnin ni da stat keja..pastu bulan mei ni, nazir dtg melawat sekolah. Rsnya bz la time tu. siap dgr nazir nak ber'kampung' kat sekolah tu..nampaknya blum apa2 keja da banyak..tgh imagine keadaan time tu.....

xperlah, hadapi segalanya dgn senyuman kan..k, la nnti ada masa nora borak lg..


Apr 18, 2009

Jauhnya tempat posting...:(

salam...

Agak lama x update blog. rindu pla.. sori, bz sgt skrg ni.. nak bgtau ni w/pun mngkin ada yang xnak tau. Tempat posting, nora kena kat SK PEKAN TELUPID, TELUPID. Bhgn Pra Sekolah...mcm nak nangis je bila dapat surat penempatan. Mmg nangis pun bila dpt surat tu. Tgk nama tempat je, airmata mengalir. Bagi nora tempat ni jauh. Xtau keadaan kat cna camna...tp agak bernasib baik dr kawan2 nora yg lain dpt posting kat sekolah2 yang luar bandar. ada yg kena naik bot, coz sekolah jauh ke pedalaman. Ada kawan2 nasihatkan makan ubat malaria. Telupid ada malaria ke??? ni la kalau punya kawan2 yg sgt prihatin. terima kasih banyak2... ye, nora ingat nasihat kalian itu..:)

Kelmarin buat medical Check-Up.. beberapa urusan suda hampir selesai. Hari isnin ni g sekolah. Lapor diri.. tunggu member bg inform samada nak naik bas je ke atau keta sendiri. Nak drive gak sendiri tp xkena izin....so, menumpang la jawabnyer...ehhehe..bagi terer dlu baru bawa keta sendiri nnti.

Lepas ni agaknya nora jarang dpt update blog lg. tp nora janji, bila ada masa terluang, nora update.... k,la nnti ada nora update lg. pasni ada nak buat lg..mak suruh beli barang...

nota kaki : sy rindu kalian...

Apr 13, 2009

Di saat ini...

Salam...

Jap lg sy nak bersiap2 da..ari ni naik teksi je.. yela ari ni kena lapor diri tp masih sempat singgah tempat keja lama..k, nnti nora update lg pasni..



nota kaki : ada untie td sangka umurku 21st...hahhaha..WALAUPUN...
:p

Apr 11, 2009

Menjawab Tag Dari Kizzy - Pja - Sue

1.Bekas kekasih saya adalah
= lelaki yang mngajar erti cinta kepada sy. Mengenalinya membuatkan sy rs pelbagai rs..kadang2 jd bodoh juga sbb CINTA..huh!!!

2.Saya sedang mendengar
= jari2 sy mengetuk keyboard ni..d samping kipas yg berputar..

3.Mungkin saya patut
= berehat dlu kerana keadaan badan yg kureng enak ini..kebarangkalian utk demam selesema ada tinggi selepas ini..

4.Saya suka
= macam2...yg pasti sy suka bila org d sekitar sy rs happy bila berkawan dgn sy..

5.Sahabat-sahabat baik saya
= adalah org2 yg sangat memahami sy. mereka jarang bersama, namun sering mberi semangat dan sokongan.

6.Saya tak paham
= mcm2 hal terjadi skrg..apatah lg bila sedang skt

7.Saya kehilangan
= suara...huhu..semakin serak.. rock babe!!

8.Ramai yang berkata
= sy ni nampak muda dr usia..hehe, bak kata pija x mcm umur 27 tu..

9.Makna nama saya
= Cahaya keasyikkan..:)

10.Cinta itu adalah
= subjektif tp indah..

11.Di suatu tempat, seseorang sedang
= bekerja keras..hahhaha...

12.Saya akan cuba
= utk merehatkan diri selepas balik keja ni.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud
= ABADI

14.Telefon bimbit saya
= Wrna merun..jenama samsung..kecik tp comel.

15.Bila saya terjaga dari tidur
= sy akan cuba utk pejamkan mata supaya mimpi indah sy bersambung semula...

16.Saya paling meluat apabila
= tgk perempuan tergedik2 ngn laki...sy pun naik malu sbb jantina sy juga PEREMPUAN

17.Pesta/Parti adalah
= Tempat yg ramai sgt org. malas nak join sama!!!

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
= hmm...paling comel??? hmm...anak arnab yg da tumbuh bulu dgn lebatnya tp still nak manja2 lg..

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
= semuanya. dr sy bayi hinggalah dewasa skrg. Setiap peringkat umur tu sy mempelajari sesuatu yg berhrga..

20.Hari ini
= Kepala sy tgh pening2 lalat sbb br lepas makan ubat..

21.Malam ini saya akan
= tido awal

22.Esok pula saya akan
= blum ada sebarang aktiviti lg

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
= saya nampak jerawat lg...aduhhh...!!

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan
= saya mahu pergi arked permainan..

26.Makanan Barat atau Jepun
= bole x klu xpilih barat atau jepun??? tekak sy masakan org melayu..heheh

27.Bilik yang terang atau gelap
= depends la.. kalau masa nak tidur saya mahu gelap.. kalau siang saya mahu yang terang.. :)

28.Makanan segera adalah
= bread & maggie

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
= soriiiii....len kali k..x dpt join kepala tgh 'ting tong' heheh...

30.Siapa yang anda nak Tag?
kebanyakkan da kena tag..fikir dlu..ok, sila lihat senarai d bawah:

1. abot
2. kak ling2
3. rina
4. bunga
5. semua yg singgah d blog sy ini...

Last Day

Salam...

Hari ni sy last keja d tempat lama sy ni. Thx kepada semua pihak yg memberi peluang kepada sy menimba pengalaman sepanjang bekerja d cni selama hampir 3thn setengah. Terus terang berbagai cabaran yg sy temui sepanjang bekerja d cni. Dan perkara2 tersebut lebih mematangkan sy utk menempuh hari2 yg berikutnya.

Maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang sy bekerja d cni.. Segala kerjasama yg diberikan selama ni sgt sy hargai dan di kenang selamanya. Insyaallah..

Apr 9, 2009

grgghjhhh!!!!!

kenapala pos malaysia kat tempt sy ni lembab sgt?????!!! kita da tunggu berjam2..tp urusan tak selesai.. geram jugalah. pegawai kat kaunter pun x tau nak bg penjelasan supaya kita ni org awam tak menunggu lama sgt. bila fikir2 td mcm buang masa la sgt2 berurusan kat Pos Malaysia ni..last minit da baru nak kata urusniaga da tutup...yg terconggok je td sy kat dpn dia dr td, tnya perlu ambik no ke lagi utk urusan ni..menjawab ye..kan lebih elok abiskan ayat terus..." ye dik, kena ambik no. tp utk urusan adik skrg, akak rs xsempat da..." jd, sy boleh fikir lebih baik balik terus..apapun sgt geram masa sy abis dgn sia2...!!!!

nota kaki: cuaca panas, sepanas ati ku..huh!!!

Apr 8, 2009

My Aura...

Your Aura is Blue
Spiritual and calm, you tend to live a quiet but enriching life.
You are very giving of yourself. And it's hard for you to let go of relationships.

The purpose of your life: showing love to other people

Famous blues include: Angelina Jolie, the Dali Lama, Oprah

Careers for you to try: Psychic, Peace Corps Volunteer, Counselor

Klik kat CNI je..
thx KAK DILA, dpt ilham dr blog akak pasal ni.

maklumlah tgh free2 kan td..men terjah2 blog org. Nampak link ni kat tempat kak diela. try la..jawab2 soalan. hmm, jawab betul2..br tau jawapannya..bila da submit, aura nora sama ngan aura kat diela... yer, bila kita da kenal org tu, da syg org tu, kita akan syg selamanya. Anda bagaimana???

Apr 4, 2009

CABARAN BARU..!!!

Salam...

Dalam mnggu2 terakhir bekerja d tempat lama ni buat nora sgt bz. Byk nak settle kan sblm melangkah pergi meninggalkan keja lama. Keja baru sedang menanti..:) syukur alhamdulillah, akhirnya dpt juga mnjawat jawatan awam. Actually nora lebih suka, sbb lebih tetap jawatan sbg penjawat awam ni. Tp ada perasaan sedih gak meninggalkan tempat keja lama..

Lapor diri pada 13 April 2009 ni. 3 hari ada orientasi n taklimat..tempat penginapan, makan minum semua d tanggung...harus bersedia mnempuh cabaran baru lepas ni..

Apr 1, 2009

Pasal KUNING lg..

Salam...

Hari ni citer pasal citer kelmarin. Pasal kucing nora, kuning..sebelum tu nak ucapkan terima kasih banyak2 sbb bg cadangan dan pendapat demi kesihatan dan kesembuhan Kuning.. Tp xtau nak kata apa ari ni sbb pagi td keadaan Kuning tambah teruk. Smlm pas makan, kuning b*r*k darah.. kat najisnya bercampur darah. W/pun geli nak bersihkan tp rs kesian yg amat.

Dan pagi ni sekali lg hati tersentuh tgk keadaan kuning. Rs mcm nak nangis je tgk Kuning. Mmg sy agak sensitif dgn hal2 mcm ni. xtau nak buat camna lg...usaha utk mnyembuhkannya sentiasa ada. tp bila tgk keadaan kuning, mcm xsampai ati nak tgk kuning lg terseksa mnanggung sakit dia..

Notakaki: airmata hampir menitis tgk kuning terbaring lemah...