salam...
hi, nora baru je sampai ni...penat pun tak abis. tapi x dpt tanding rs kesal, marah dlm hati ni. citernya camni. pagi td sblm g keja, nora cam biasa check2 keta. ala, simple2 je check sbb nak jalan jauh kan ari ni. ayah pesan supaya check kenderaan bila nak jln jauh..masa tu xsedar tayar sebelah kiri hadapan pancit. tp heran apasal keta cam senget sebelah. bila toleh ke arah tayar keta, "alamak!!!!! tayar kempis". owh, xtau nak buat apa. time tu gelabah sgt sbb xda pengalaman nak tukar tayar keta. nasib baik time tu ada pkcik yg baik ati menegur lalu tanpa segan nora meminta pertolongan drnya. tukar la dgn tayar spare kat bonet keta belakang..
nak d jadikan citer, dlm kepala dok fikir, napa tetiba tayar ble pancit, adakah terpijak paku, benda2 tajam kelmarin??? atau adakah kurang angin. tp klu kurang angin, br je nora pam tayar tu. so, mcm tak logik pla. fikir yg baik2. tayar pancit terpijak benda tajam kot time p keja. yelah, fikir yang baik2 kan. tp terdetik jg d hati,mayB budak nakal yg punya angkara.
sampai kat workshop, tayar yg pancit tu 'abg mekanik' tlg check kan apa yg xkena. yela, kot bocor, ble tampal je. tayar baru tu. bunga masih penuh. lgpun nak guna tayar tu juga. tayar spare tak best sbb kecik sikit.. bila abg mekanik tu check kan, dia gtau OK. XDA BOCOR.CUMA KURANG ANGIN JE..see!!! xda bocor k. juz kurang angin.. owh, lupa nak gtau, pkcik baik ati tu nora bawa sekali tuk temankan g workshop. yelah, nora masih blum arif tempat tu. tempat org kan.
suda siap semua, nora pn jemput pakcik tu minum pagi. xperla lwt skit g keja. tanda ucapan terima kasih sbb tlg nora kan.lalu pakcik tu citerla, klu kes camtu,xlain x bukan keja budak2 nakal flat yg pancitkan tayar. hal ni biasa terjadi klu kita tersilap parking. hello...paking bnyk kosong kat flat tu. tempat nora selalu paking pun ada keta lain. so, nora park je la kat belakang keta yg paking tempat nora selalu paking. faham kan??? xsangka pla jd cmni. mak bapa cikgu, perangai mcm xda yg mendidik. bukan menuduh, tp pkcik tu kata sblm ni pn ada yg kena mcm tu.tempat yg sama nora paking keta tu la.da yg tayar kena cabut pastu d buang d padang sekolah. cabut tangki air bawah keta. mcm2 la...melampau sgt2 kan. bila d tegur, keta akan d guris dgn benda tajam...see, mcm xda otak je budak2 nakal tu. tegur salah, x tegur makin melampau. dan kali ni nora pla jadi mangsa. sy ni budak baru... pakcik tu tau sbb org lama kat cna. dr tahun 1987 dia kat cna. so, da masak benar dgn beberapa perangai penghuni flat tu.
mndengar je citer n penjelasan pakcik tu, rs sgtla marah.mcm tak percaya pun ada juga.da lah ari ni nora pn tak berapa sihat. da tu jadi camni lg. x adil la buat camni. paking keta tu milik awam kan. sapa2 ble paking keta. kenapa pla klu kita masuk paking keta org tu, org tu buat camni???? mmg rs marah. kecewa pun ada. xpatut la rsY buat camni.ni kes menganiaya.. aishh,kerana marah yg tersgt, nora xble nak buat apa2...cuma boleh membebel je dlm hati. hati sgt geram, mata cuma mampu mnangis je.. korang faham x rs ni bila kita sorang d tempat org, jadi benda2 camni?takut, risau, mcm2..xpela, apa yg jadi ari ni nora kenang selamanya. tempat paking tu, nora xkan letakkan lg keta kat cna. ambik la.. bg nora paking tu 'berpuaka'. org yg jadikan paking tu hak miliknya adalah org yg paling xtau malu. sbb apa nora cakap camni, sbb mana2 kenderaan lain yg paking kat tempat tu, msti jd 'mcm2'. cthY mcm keta nora tu la.
kita bukan membenci, bkn juga berdendam tp sikap segelintir penghuni flat buat nora rs kesal rupanya dlm ati mereka xpunya rs tolak ansur, hormat mnghormati..tp nora tabik spring sbb dlm masa yg sma masih ada juga yg membantu nora ari ni. "pakcik jamal,terima kasih tak terhingga sbb tlg nora ari ni."
buat mereka yg tak tau malu tu, nora juz nak cakap' helloooooo, lot parking tu bukan datok nenek ayah mak tiri ko yg sediakan. itu hak milik awam...maka, harus ada rs malu dan sedar diri!!!!" <-- kata2 ni hanya ble bergema dlm hati je. owhhh, bencinya!!!!!!!!!!!!!
Mutiara kata
Jun 10, 2009
lot parking tu,ko hambikla. aku pun xhingin!!!!!!
Posted by Nora Yusop 2 comments
Jun 3, 2009
biar jadi renungan
salam...
bertemu kembali. tadi nora tgk berita TV3. berita last sblm jam 9, sedikit sebanyak menyentuh perasaan. seorang perompak yang bersenjatakan kayu besbol ingin merompak sebuah kedai yg mana pemiliknya seorang warga pakistan. Hajat ingin merompak akhirnya melutut, menangis merayu apabila pemilik kedai mngeluarkan sepucuk senjata. rupanya perompak td ingin merompak kerana ahli keluarganya tidak makan sejak 4 minggu lalu.."bayangkan, lama xmakan. klu sehari ja kita xmkn, pasti perut da berkeroncong".
Kerana simpati, pemilik kedai memberikan wang sebanyak 40 dollar, dan sebuku roti. namun perompak melarikan diri bilamana pemilik kedai ingin memberinya susu. keadaan ini telah d rakam oleh kamera litarnya d kedai tersebut. " indahnya budi pekerti sedemikian rupa. penuh dgn rasa maaf, simpati dan ingin membantu"
kita sanggup berbuat apa saja demi keluarga. w/pun kadang2 menuntun rs 'mati'. kerana dek syg, apa jua sanggup d lakukan. bukanlah bermakna nora menyokong perompak itu merompak semata2 ingin memberikan rezeki buat keluarganya. mngkin keadaan yang sgt mendesak menyebabkan dia memberanikan diri melakukan sedemikian. Alangkah kesiannya dia sekiranya ketika kejadian itu, dia tertangkap. Bagaimana lagi nasib anak dan isteri yg berada d umah?? Namun banyak cara utk kita memberikan rezeki pada anak isteri kita. Kerja yang halal adalah sebaik-baiknya. Usaha walaupun payah.
berbalik pada citer pemilik kedai itu. seorang yg pemaaf, pemurah.nora selalu ingin membentuk rasa hati sedemikian rupa. penuh rasa maaf yg menggunung w/pun seseorang itu meninggalkan ia dengan penuh rasa kecewa yang mendalam. tp seringkali syaitan berbisik. dan hati jadi keras utk memaafkan. " ya allah, engkau lembutkan selalu hati ini. amin.."
Posted by Nora Yusop 0 comments
boring tahap melampau..
salam...
di saat ini nora terasa lama benar masa berlalu...:(
mngkin tahap boring yg melampau..!!! bkn sbb apapun..tp sbb nak
Posted by Nora Yusop 0 comments
Jun 2, 2009
sendiri???
salam..
hari ni buat pertama kalinya nora drive sendiri keta dari ranau ke telupid..mmg jauh tp nasib baik ada teman..jelesla tgk kengkawan lain da cuti sekolah. kiter masih terkinja2 pegi keja. huhu..jeles!!! xperla, mnggu ke-2 cuti sekolah, nora da apply cuti. awal2 lg da apply cuti. harap diluluskan. tp biasanya mmg diluluskan pun..ekekekke...
perut da berkeroncong. baru teringat siang td juz makan maggie curry saja..minum susu+oat. huhu, da lapar...nak p masak apa yg ada dlu la...nnti nora sambung blog. actually, bila perut lapar, idea makin kurang..heehheh...
Posted by Nora Yusop 2 comments