Mutiara kata

Aug 9, 2010

SOLAT HAJAT

Setiap kita mempunyai cita2 dan hajat. untuk mencapainya perlu ada usaha dan ikhtiar. salah satunya ialah memohon hajat drpd Allah swt melalui solat hajat. Tidak kira hajat itu besar atau kecil.

Maksud solat hajat ialah solat yg dtunaikan utk memohon sesuatu hajat kepada Allah swt samada ingin mendapat sesuatu kebaikan dan menolak sesuatu keburukan..

Dalil ada menyebut :

Maksudnya : "Abdullah bin Aufa meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda : Sesiapa yang ada hajat kepada Allah atau kepada seseorang daripada anak Adam, hendaklah menyempurnakan wuduknya. Kemudian hendaklah solat 2 rakaat serta memuji Allah S.W.T. , Bersalawat kepada Rasulullah & berdoa " Tiada tuhan selain Allah yang mempunyai Arasy yang Maha Agong & segala puji-pujian untuk Allah Tuhan semesta alam. Aku memohon rahmatmu, keampunanmu, mendapat semua kebaikan & selamat daripada segala dosa. Ampunilah dosaku, hilangkanlah kesusahanku, penuhilah hajatku yang Engkau redai, Ya Allah yang maha penyayang lagi maha mengasihi"

tujuan kita melakukan solat hajat salah satunya ialah memohon hajat utk diri sendiri atau org lain. selain itu ia dpt mendekatkan diri kepada ALLAH swt.
dan mohonlah kepada Allah sekiranya ada hajat...allah maha mngetahui apa yg tidak kita ketahui.

Nota kaki :erm.. juz sedih skit apasal ada org ingat, klu buat solat hajat sbb TERDESAK..perbetulkan niat..bersangka baik. insyaallah tenang hati..

0 comments: