Mutiara kata

Sep 18, 2011

Bila Terlalu Cintakan Alam Sekitar

SELAMAT HARI MALAYSIA!!!!!!

Oleh kerana tak dapat pergi berarak sempena Hari Malaysia, saya dan kengkawan buat perancangan nak tawan air terjun langanan setinggi 3365m tu.. penat mmg penat.. tp sgt berbaloi..

sebab apa berbaloi?.. tgk la gambar ni..


Pemandangan mmg cantik. Tapi utk menawan, kena harungi pelbagai cabaran. Pacat tu salah satu cabaran paling mnduga kesabaran ,kekuatan serta keberanian selain perjalanan yg mngambil masa hampir 2jam. Org pmpuan xramai yg sanggup berdepan dgn pacat ni. Terus terang saya sendiri pn masih geli dan takut utk mnyentuh..

Cantik!!! Terpegun !! semua ada saat pertama kali jejak kaki kat sini. Dengan persekitaran yg mendamaikan, udara yg masih segar, kicauan burung, deru air terjun yg jatuh ke atas batu, semuanya memukau pandangan mata saya. Indahnya ciptaan Pencipta..

Nah, saya suh tgk gambar jela..

( Bergaya sgt masuk hutan huhu... )

( Hilangkan kehausan dgn 100 plus )
~ ada rahsia disebalik possing tu, seekor pacat tgh santai baek pnya atas beg tu...huhu!


( Tak boleh nak larang da keterujaan kawan-kawan saya ni !)

Kalau gemar dn sukakan alam sekitar, aktiviti macam ni sangat sesuai. Nak lari dari tekanan, ni salah satu caranya. Nak sihat?? hmm, ni pn salah satu caranya. Peluh yg keluar, tak payah nak cakap... mendaki ni bkn mudah sangat tau di tambah dgn pacat yg ada..

Pengalaman yg saya mgkin xkan lupakan. Selepas solat zuhur, baru peresan kat perut sy ada seekor pacat yg sedang enak mnyedut darah... huhu, langsung xrsa apa. Sedar-sedar, benda tu da ada.. kawan sy yg paling berani, tu yg kaler baju hijau tolong tanggalkan pacat tu.. Betapa beraninya dia.. sebenarnya banyak lagi benda lain yg terjadi melibatkan pacat ni. Dalam kasut sy ada beberapa ekor pacat yg gemuk2... huhu!!! eiii, nasib pakai stoking.

Apapun, mmg sgt puas dgn aktiviti kami hari tu. Walaupun masa nak trn tu, hujan turun sgt lebat...Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Balik dgn selamat. Cuma bila da sampai ke rumah, barulah terasa betapa sakitnya kaki dan betapa lenguhnya badan..

2 comments:

aiEz said...

err saya geli dgn pacat dan juga lintah...=,=

*kat tempat sy pun ada air terjun,mmg best..;)

Nora Yusop said...

lepas ni nak datang tempat awakla juga.. ble??? hihi..nak tgk air terjun kat cna pla...