Membaca itu tidak pernah mendatangkan kerugian. Malah jika ia adalah bacaan ilmu, lebih bermanfaat dlm kehidupan kita seharian.. Bohong jika tidak pernah merasa diri kecewa, keyakinan jatuh merundum.. atau merasa seolah-olah permohonan yg kita mohon dan pinta dlm stp doa kita Allah blm mahu mngabulkannya. Pertama sekali, dan perlu di ingat, JANGAN SESEKALI BERSANGKA BURUK..
Tertarik utk berkongsi sesuatu sbg satu motivasi diri.. semoga ia memberi satu semangat dalam diri utk terus maju ke depan, berfikiran positif dan yakin bahawa yg terbaik sentiasa ada utk kita. Mungkin ada dikalangan kita yg sudah pernah mendengarnya, tidak kisahlah sudah mndengarnya atau sudah membacanya sebelum ini, sbb sesuatu yg baik dan mendatangkan manfaat, tidak salah jika dikongsi bersama..
Kisah seorang lelaki yang berdoa kepada Allah agar memberikannya bunga dan rama-rama. Namun keesokan harinya, Allah memberinya sepohon kaktus berduri dan seekor ulat beluncas.
Si lelaki sedih, tidak faham dia; mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya. Tetapi dia kemudian berfikir utk menyejukkan hati. Allah mempunyai terlalu ramai umat utk diuruskan. Dan dia memutuskan utk tidak mempersoalkannya lagi.
Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakan. Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh sekuntum bunga yang cantik. Dan daripada seekor ulat beluncas yang berselindung, telah bertukar menjadi seekor rama-rama yang cantik. Subahannallah! Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul, walaupun pada mata manusia, kelihatan semuanya salah.
Jika anda memohon dan menerima sesuatu yang lain dari Allah, percayalah kepada kurniaan itu. Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta sesuai pada masanya. Yang anda pinta tidak semestinya apa yang diperlukan. Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan umat-Nya termasuk berdoa tanpa ragu dan mngeluh.
Duri hari ini adalah bunga hari esok. Allah mempunyai pilihan yang terbaik kepada mereka yang menyerahkan kepada-Nya.
Setelah membacanya, korang rsa apa?? tenang kan?? keyakinan kembali berkobar-kobarkn?? Jgn bersedih andainya kalian sekarang ini sedang bersedih. Jangan sesekali berputus asa diatas sesuatu kegagalan yang lepas. Berdoalah, Allah suka pada hamba-Nya yg sering mnyerahkan segalanya utk-Nya, sering meminta-minta pada-Nya lewat doa2 dlm stp sujud kepada-Nya.. Yakinlah, Allah lebih mengetahui yang terbaik buat stp hamba-Nya. Dan pastinya Allah akan memberikan yang TERBAIK buat stp hamba-Nya yg tidak pernah lupa akan-Nya.
Rome : Trevi fountain and Spanish Steps
-
After Colosseum, we hop on our bus to Piazza Venezia. From here we walked
on to the famous Trevi fountain. Almost all people are carrying a map in
Rome. Na...
7 hours ago

0 comments:
Post a Comment