Mutiara kata

Sep 24, 2011

POLIGAMI, indah bagi LELAKI tapi perit bagi WANITA.

" Dan jika kamu bimbang tidak akan mampu berlaki adil terhadap ( hak-hak ) perempuan yatim ( bilamana kamu menikahinya ) maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi; dua, tiga, atau empat. Tetapi jika kamu bimbang tidak akan mampu berlaku adil, maka ( nikahilah ) seorang sahaja, atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar kamu tidak berbuat zalim" ~ Surah An-Nisa ( Ayat : 03 )

Berdasarkan ayat di atas,  lebih merujuk tentang isu POLIGAMI. Orang lelaki, terutama yang memegang status 'SUAMI' sgt suka isu ni. Dan org perempuan, tak kiralah apapun status yg di sandangnya, sangat-sangat tidak menyukai isu ini. Sebab apa?!!! aishh... TAK NAK BERKONGSILAH!!

Cuma saya ingin berpesan, tidak kepada diri saya seorang, tapi juga kalian semua... terutama buat kaum Adam ni... Tidak salah jika kalian ingin berpoligami asalkan mngikut syariat islam. Jika mampu utk mnggalas tanggungjawab ini, SILAKAN... tp sekiranya tuan masih tidak rsa mampu, dan hanya sekadar NAFSU yang mampu, maka lebih baik tuan memadam angan-angan untuk tidak ' mnggapai bintang ' di angkasa. Bukankah senario sekarang, ingin mencukupkan kuota? sedangkan hakikatnya diri tidak mampu utk berlaku adil!

Saya merasa kasihan pada kaum saya sendiri.. sering mnjadi 'MANGSA' lelaki. Isteri sedang sarat mengandung, suami pula ligat memasang yg lain.. Kasihan si isteri... Suami mmg terasa BAHAGIA, tapi isteri merasa DERITA.. d mana keadilan? isteri muda lebih diambil perhatian, sedangkan yg pertama, sering dikemudiankan...itu kan sudah tidak adil bagi perempuan yg bergelar ISTERI..banyak lagi contoh yg lain. Nak dapat yg BARU, yg LAMA d buang... melampau namanya..

Wahai semua yang bergelar SUAMI, 
galaslah tanggungjawab yg diamanahkan oleh Allah sebaik mngkin. ISTERI itu amanah Allah. Jangan di sia-siakan.

Jika engkau MAMPU utk beristeri lebih dari seorang, maka hendaklah engkau juga mampu mnjaga hati setiap seorang darinya. Tidak melukakan disaat kamu ingin menikahi yg lain. Mampu menjaga kebajikan mereka tanpa ada yg merasa tersisih. Mencintai dgn sepenuh hati kerana ALLAH bkn kerana NAFSU semata. Dan mampu juga mendidik mereka menjadi ISTERI yang SOLEHAH.

Namun, jika engkau sememangnya tidak mampu, cukuplah seorang isteri bagimu.

Dan...

Wahai ISTERI, 
jalanilah juga tanggungjawabmu sebagai isteri kepada suamimu. Hormatilah, cintailah, setialah, jagailah maruahmu dan maruah suamimu.. Tutupilah keaiban kalian dgn kasih sayang yg sejati. Tambatlah hatinya sepenuhnya, agar suamimu milik kalian tanpa perlu berkongsi dan berbagi kasih pada yg lain..

Sentiasalah berdoa semoga kalian adalah pasangan suami isteri dunia dan akhirat. Insyaallah..

0 comments: