Mutiara kata

Nov 26, 2013

16Nov 2013, Alhamdulillah..

Bismillahirahmannirrohhim...
Assalammualaikum...

Baru berkesempatn utk menulis secebis nukilan. Alhamdulillah,  kini aku sah mnjadi  isteri buat Ag Anizam Bin Ag Damit. Tanggal 16 november 2013, bertempat di Masjid Jamek Ar-Rahman, jam 9.00 pagi, kmi d satukan.

Serasa baru seketika kami brkenalan. Dan Allah menetapkan dia sbg jodohku.Alhamdulillah.Tidak ada pengucapan yg lahir d bibir selepas ijab dn qabul melainkan 'alhamdulillah'.

Mak ayah, terima kasih atas restu kalian utk kmi. Terima kasih ats didikn yg diberikan. Buat suami trsayang, terima kasih menerima diri ini seadanya. Insyaallah, semoga cinta kita kekal hngga ke jannah.


Majlis yg disaksikan dn dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat rapat yg trdekat. Terima kasih atas kehadiran kalian d majls penikahan kami..

Perasaan indah itu akan terus mekar d hati ini.?Doakan kebahagiaan kami..


Memo: sebab nebes sgt, bantal nikah pn lupa nk bawa bersama..tpi Alhamdulillah, segalanya brjalan lancar..

Jun 7, 2013

Alhamdulillah.. I'm back!

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, masih di beri peluang utk menulis. Berkongsi perasaan. Begitu lama saya menyepi. Sekarang saya bangkit dgn matlamat baru. Alhamdulillah, sepanjang tempoh saya berdiam diri ini, berbagai perkara saya lalui. Dan InsyaAllah, di penghujung tahun ni, saya bakal menukar status saya. Doakan semoga segala perancangan berjalan dgn baik dan teratur..

Untuk kali pertama setelah lama mnyepi ni, entri ni pendek je. Lain kali saya tulis panjang lebar..Salam sayang dari saya buat kalian...:)

Feb 18, 2012

Subhannallah, ada nekad dlm diri...

Assalammualaikum...



Google2 dlm FB, jmpa pic ni dr frenlist.. Subhannallah, sejuk mata memandang. Maksud saya, kedua-dua wanita di atas ini. Insyaallah, satu hari nanti, dlm masa terdekat, nawaitu ke arah yang lebih baik.. nak menutup aurat yg lebih utama.. perbaiki lagi kelemahan diri .. Klu dlu, tudung singkat, bagi labuh sikit... klu dlu, pakai baju sedikit nampak bentuk2 badan, longgarkan.. agar lebih selesa. Untuk apa mngejar fesyen semata, jika 'sakit' pada pandangan Allah... Semoga segalanya dipermudahkan. Insyaallah...

p/s : Mohon doa semuanya

Nov 26, 2011

13 Ciri Lelaki Yang Layak Dicintai..

Berikut adalah 13 ciri-ciri lelaki yang selayaknya seorang wanita pilih sebagai pelindungnya dan pemimpin hidupnya, lelaki yang layak dicintai!
13 ciri ini diatur mengikut perspektif seorang gadis Melayu beragama Islam khusus untuk panduan anda:
  1. Taat kepada Allah, taat pada ajaran Rasul.
  2. Mahir membaca Al-Quran dengan lancar, hafal surah-surah asas dan doa-doa asas, rajin membaca Al-Quran.
  3. Mempunyai pekerjaan tetap dan memiliki sumber pendapatan tetap.
  4. Suka menyeru orang lain kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  5. Ada sikap optimis – berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
  6. Bersih dari sebarang kemungkaran yang nampak dan tak nampak.
  7. Baik kata-katanya, cemerlang perilakunya, seorang lelaki yang jujur.
  8. Tak pernah tinggal yang wajib, rajin melaksanakan amalan sunat dalam beribadah.
  9. Berani menhadapi cercaan dan berani menghadapi orang yang mencela.
  10. Tahu, faham dan sanggup melaksanakan tanggungawab.
  11. Bersifat terbuka, pemaaf dan penyantun.
  12. Tenang air mukanya, waspada dan bijak dalam membuat keputusan.
  13. Jika dia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik.
“…Kalau setiap saat awk ingtkan ALLAH & setiap saat itu juga saya ingtkan ALLAH.. Bermakna waktu itu kita dah menjadi satu kerana mencintaiNYA yang Satu. Di situlah selayaknya hati kita bertemu…”
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.”
(HR. Tirmidzi)

Dalam diam mencintai, persiap diri menjadi yang layak dicintai olehnya :)
  • Saya cuma nak lelaki yang dapat bimbing saya ke jalanNYA..
  • Jadikan saya yang halal untuk diri dia..Tahu batas-batas sebelum saya jadi yang halal untuk dia..
  • Saya tak minta lebih, hormat saya sebagai wanita..
  • Biar umur muda, asalkan tahu fikir, mana baik, mana tak..tahu fikir, apa yang ditegah, apa yang di suruh..
  • sama je kan mcm ciri-ciri lelaki yang perempuan lain nak.hehe.. :)

 sumber: http://www.informasi.my/13-ciri-lelaki-yang-layak-dicintai/

Sep 29, 2011

Ketahui 5 PERINGATAN PENTING!!

Suatu hari, seorang lelaki datang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, " Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar melakukan maksiat. Tolong berikan aku nasihat. " Setelah mendengar perkataan tersebut, Ibrahim berkata, " Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, " Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, " Syarat pertama, Jika kamu kamu bermaksiat dgn Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu, dia mengenyitkan kening seraya berkata, " Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada dibumi ini rezeki Allah??"
" Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. " Kalau kamu sudah memahaminya, mngapa masih ingin memakan rezeki-Nya sedangkan kamu selalu berkeinginan untuk melanggar larangan-Nya?"

" Yang kedua, " kata Ibrahim, " Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! ". 
Syarat ini membuatkan lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, " Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?".  
" Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, " Kalau kamu mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat dilihat olehNya!".
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, " Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
" Ya, kalau yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan untuk melakukan maksiat?" Kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, " Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu melakukan amal soleh."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, " Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

" Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

" Baiklah, apa syarat kelima?"
Ibrahim pun menjawab, " Wahai Abdullah, sekiranya malaikat Zabaniah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nnti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf. Dia berkata, " Wahai Abu Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Lalu airmatanya bercucuran. " Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah," katanya sambil teresak-esak.

Nota kaki: Sirah pilihan, sebagai peringatan dan renungan bersama.

Antara saat mustajab utk berdoa

Tahukah anda, tempoh di antara Azan dan Iqamah merupakan saat mustajab untuk berdoa. Rasulullah menekakan ;
" Sesungguhnya doa tidak ditolak antara azan dan iqamah. Oleh itu, berdoalah ( kalian )". ~ (Musnad Ahmad, No: 12584 dengan sanad )

Doa selepas azan;

" Ya Allah! Tuhan pemilik seruan azan yang sempurna ini dan solat yang didirikan. Berikanlah kepada Nabi ( Muhammad ) wasilah dan keutamaan serta bangkitkanlah baginda ( di hari akhirat kelak ) pada kedudukan yang tertinggi sebagaimana yang telah engkau janjikan ".

Dan dianjurkan membaca selawat setelah akhir doa diatas.
" Ya Allah, Berselawatlah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad "

Setelah itu, mohonlah doamu. Allah Maha Mengetahuinya. Mengadulah seberapa banyak pada Allah, dan mintalah pada Allah, Semoga Allah memperkenankan dan memakbulkan stp doamu...InsyaAllah.

Sep 15, 2011

Cukuplah Allah dihati ini...

Aku..
sudah bosan dgn ceritera CINTA!!

Bkn membenci, tp cukuplah rasa cinta ku ini aku salurkan lebih kepada Allah.. Yg lebih setia menemani akan setiap makhlukNya.

Kalian....
Pernahkah merasai akan perasaan bilamana kita merasa sgt dihargai, diberi pengharapan, lalu timbul rsa ingin bersahabat, mengenali, mengagumi dn mula terbit perasaan mnyayangi walaupun hanya dlm senyap..ya, aku lalui segalanya. Kerna aku seorang wanita berjiwa lembut..

Menerima Dia sbg insan yg paling aku kagumi. Dgn karektor yg pelbagai, cukup 'indah' dipandangan ku. Namun ini barangkali cuma impian dlm hati. Terlaksanakah segalanya? Ia bkn cerita dlm novel, atau drama-drama korea penuh babak terindah yg mngusik kalbu. Ini kenyataan. Kisahku dlm kehidupan yg nyata.

Dulu, disaat aku 'jatuh' dr kenyataan hidup yg pahit utk aku fahami, kau dtg dgn memberi sepenuh harapan. Memberi aku semangat ttg hidup ini. Berkongsi segalanya dgn aku. Tanpa ada rahsia. Dan dlm senyap aku mula tersenyum... Aku terima dirimu sbg teman terindah ku. Teman yg begitu rapat, masuk dlm hati.. memberi aku sinar..

Namun, hanya dgn sekeping gambar, hati ini merasa 'sakit'... aku tahu, tidak layak barangkali mempersoalkannya.. Dn kerana sekeping gambar itu, kepercayaanku padamu akhir terlerai satu persatu.. Tanpa henti bibir ini beristiqfar hnya kerana menahan rsa dr terus memikirkan yg bukan-bukan ttg dirimu.. ttg kata2mu yg jauh dr kenyaataan tersebut. Aku rasa MARAH?KECEWA? atau barangkali TERTIPU? berulang kali aku cuba menahan diri. Mengunci bibir dr berbicara, ku biarkan utk kau meluahkannya sendiri... namun, ttp senyap!! Seperti tidak pernah berlaku apa2 selama ini. Seperti kau tidak pernah mnyembunyikan apa2 dariku...

Kalau benar kau tunangan org, mengapa kau pinta utkku agar tidak melupaimu??? sungguh, aku tidak akan mengingatimu andai benar kau sememangnya adalah tunangan org.. cukup sampai disini rsa cintaku dan rsa kagumku padamu...

Aku juga akan diam membisu kerana hati ini seakan dapat merasainya kau mngkin bakal meninggalkan diriku... Aku cuba tahankan hati ini.. menerima setiap kenyaataan kerana hatiku yakin dan pasti Allah ada utkku meskipun kau meninggalkan aku...

Dan cukuplah ALLAH sahaja dihati ini...

Aug 21, 2011

Gigi BESI??!!









Nak kena bangga sangat ke kalau pakai braces ni?? Ada org jawab, HARUS!!! EH, MESTILAH... hm, takda nk bangga sangat tau... bagi saya la.. org lain saya tak tau..msti bangga sgt sbb dpt pakai braces...

Pakai braces skrg ni adalah trend...Gigi cantik da teratur, tp gara2 nak ikt kawan2 yg ada pakai braces, dia pun sibuk nak pasang juga. Ni kisah benar.. takda masa nak mereka-reka benda2
mcm ni.. hihi...

hm, tp malulah nak kasi tayang kat org, gigi ada braces. Gigi pakai 'besi'...

" Eh, dlu mesti gigi camna? "
" Tak susah ke nak makan pakai 'benda' tu "
" Tak sakit ke pakai kat gigi macam tu? "
" Berapa lama lagi nak pakai kat gigi tu "
" Eh, cantiknya gigi... " <--- ayat ni mcm sgt2 mnyindir kan...?

( ni di antara soalan2 yg mmg wajib akan ditanya..)

Boring nak jawab soalan2 ni. Tp nak buat camna... hm, ada 10x rawatan, lepas tu ble BEBAS...dlu Misha Omar pn pakai braces skrg da cantik giler2 kan... Atilia pn da pkai juga skrg kan...

Pakai braces ni bkn tujuan utk kecantikkan je tau. Ia utk kesihatan juga.. Sebenarnya bergantung pada niat masing2la.. stp org ada haknya sendiri....

Apapn, merendah diri tu lebih baik..:)


taraaaaaaaaaaaa!!!! da cantik..:)