Mutiara kata

Jan 31, 2009

Percaya tak???

korang percaya tak pada SAKA dan 'belaan'??xtau camna nak mulakan. nak share pengalaman ni.. ari tu aku borak ngan sister in-law-to be la pasal seseorang yg pada kami ada menyimpan belaan. time tu da jam dlm lebih kurang 11.30 mlm. Mmg kami sgt2 tak mngemari cara lelaki ni.. dlm erti kata lain, KURANG AJAR dan suka bermuka2. Mmg dia ada belaan. Tujuan disebalik dia membela benda tu, semata2 utk kepentingan dirinya.

Di jadikan citer, lebih kurang dlm jam 4pg, aku tersedar. time tu aku tdo sorang kat bilik. D sudut ujung katilku, di tepi kaki ku, berdiri 'seseorang', kecil, rendah ( budak umur 6,7thn ), berambut panjang...sedang memandang tajam diriku. Yg terkeluar dr mulutku "YA ALLAH" lalu beristiqfar..dada da dub-dub..berdebar..aku baca 2kalimah shahadah, lalu tarik selimut dan sambung tdo sampai subuh..bila bangun pagi, terasa badan sgt2 letih n penat, n gastrik rs sakit sgt2 sampai terpaksa makan ubat penahan sakit..bila ku ceritakan pada mereka2 yg berkenaan, sahla empunya 'benda' itu lelaki yg kami perkatakan smlm..

Aku xnak percaya semua ni, tp org kata, belaan ni akan melindungi tuannya. bertindak sebagai 'repoter'.mungkin dia sengaja nak memperlihatkan dirinya padaku. Lelaki ni pernah dtg ke rumah sebagai tetamu dan kami melayannya seperti tetamu juga. Namun sebalik 'kebaikan'nya, tersembunyi agendanya yg teramatla teruk. Menuntut pelbagai ilmu kurafat.. wallahualam..skrg sebagai pendiding diri, aku banyakkan membaca yassin, surah kursi...Aku bersaksi tiada tuhan yg disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah...

wahai teman2 ku, berhati2la kalian bila mengenali dan berkawan dgn seseorang. jgn kerna nila setitik, rosak susu sebelangah. jgn mudah menerima pemberiannya tnpa sebab. jgn mudah menjemputnya ke rumah. jgn mudah meletakkan kepercayaan kepadanya. kerana boleh jadi setiap kebaikan yg kita berikan akan d balas tuba.

p/s: lelaki yg d maksudkan itu, bg yg tau cerita mngenainya dulu, dia la orgnya..namun aku bersyukur kerana diri ni masih bersih dr 'pugai'nya...sebenarnya lelaki keparat ni mmg suka memugai utk kepentingan sendiri..insyaallah, kami dalam usaha memulihkan insan2 yg tersayang dr 'pugai'nya.semoga di permudahkan segala urusan.

sesungguhnya allah benci dan melaknat mereka yg mnyekutukan Allah.


pugai=membuat sesuatu pada seseorang utk kepentingan diri sendiri, sebagai penunduk

cth:
Dukun itu mngunakan pugainya utk memikat ati anak dara pak leman.



Jan 26, 2009

Gong Xi Fat Choi

Duduk di kawasan perumahan yang kebanyakkannya berbangsa Cina, bagiku merupakan salah satu point utk turut merasai bahang kemeriahannya Tahun Baru Cina. Belakang rumah, kiri, kanan..xlepas dari dentuman bunga api dan mercun. Memang agak sedikit menganggu tp bagiku tak mngapa. Bukannya sering terlihat n mendengar bunyi mercun dan bunga api tapi hanya d tahun baru cina ni je berpeluang merasai kehangatan sambutan perayaan kaum cina.


Bukan yg berayakan tahun baru cina je yg xcited ngan bunga api dan mercun. my adik2 juga tak ketinggalan memeriahkan kemeriahan bunga api smlm..ni la yg bestnye duk d kawasan perumahan yg penduduknya berbilang bangsa. Ada melayu, dusun, cina..hmm, yg takda cuma india je..heheh..

p/s: sori xdpt nak upload video..

Jan 24, 2009

huh!!!!


Hari ni aku rasa 'sebel' sama tu org!!!!!

mo saja aku teriak ni org..xpandai mngerti perasaan orang...





sebel=menyampah!!!!

Jan 21, 2009

Memori 2008

Ruangan memori ini bukan bermaksud utk aku mngimbas kembali masa yang telah berlalu pergi. Cuma sekadar utk berkongsi rasa hati yang mana apa yang terjadi sepanjang tahun 2008 lebih byk memberi pengajaran pada diri ini agar lebih berhati2 d masa akan datang. Agar lebih matang menongkah arus yg semakin deras.

Sepanjang 2008, tanpa sedar..begitu cepat masa berlalu pergi. Pada tahun lepas, aku belajar utk tidak mudah mempercayai orang. Ada pepatah mengatakan "dont judge by the cover". Tp bagaimana sekiranya apa yg tergambar d wajah, tersirat n tersurat pada kelakuan akhirnya mnggambarkan bahawa dia bukan seseorang yang baik???

aku mmg tak gemar, xsuka mngandaikan seseorang hanya melalui wajah. Namun setelah aku mngenali dia, ternyata 'buruk' wajahnya adalah seburuk perilakunya juga..xperlu rasanya d nyatakan perbuatannya d sni, namun cukupla sekadar aku ingin memberitahu diriku, jauhi dirinya..aku anggap diri ini tak pernah mengenalinya.. dan khabar terkini yg aku dgr ttg dirinya, dia cuba sekali lagi untuk memusnahkan kehidupan org yg aku sayangi juga... Ya Allah, aku hanya mampu berdoa padaMU,

"Ya Allah..kami mohon padamu, jauhilah kami semua dr bisikan syaitan yang bertopengkan manusia. Jauhkan dan hindarkan kami semua dr fitnah dunia.. Berikan kami kekuatan dan kesabaran, hati yang cekal melalui ujian hidup ini. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang tidak kami ketahui. Amin Ya Rabbal Alamin"

Semoga dia masih ada ruang utk bertaubat selagi ajal belum menjemput. Namun utk aku bersemuka dgnnya, agak payah dan sukar. Bagiku, penipuan yg dilakukan, keaiban yg dilakukan pada kami, pembohongan sukar utk d maafkan..Memang aku akui, tanpa kemaafan d hati, mana mungkin hidup akan tenang.. Aku sedang belajar utk memaafkan dia. Tp xmungkin aku dpt memaafkan dia 100%.



Jan 20, 2009

Damai Yang Hilang

Untukmu Palestine..

Tercalar pelangi di hiris gerimis
Senjapun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah di sirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikah maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan


Album : Saujana 5 Bintang
Munsyid : Saujana

Jan 17, 2009

Tree Of Heaven

Lee Wan & Park Sin-Hye


Petang-petang camni, layan drama korea " Tree Of Heaven "..adeh, apasal kebanyakkan citer korea ni sad ending..klu ikut hati yang jiwang kenkadang ni, mmg mngalir air mata tgk citer ni..tp mcm tak puas hatilah, LEE WAN ( watak utama sbg Jung Shu ) mati. banyak scene2 drg ni buat aku hampir2 sangat nak nangis. Mmg minat sgt ngn Lee Wan. Hahahah..kan best klu dia tau aku ni peminat dia dr Malaysia...
romantik sgt2

Well, dr dlu sampai sekarang, aku xpernah boring tgk citer korea. dari tgk citer hindustan yg bebalik menari sampai beberapa ekar, baju bertukar2..boring!!!! upps..jgn marah ya penggemar hindi movie. sori, aku tak minat sgt klu citer hindustan ni.. Lebih suka layan drama korea. :)


Lee Wan..hensem kan..:p abot mesti gelak sakan la ni...


xtau la napa giler bangat ngan citer korea.. rs mcm tension tu ble hilang tgk drama korea ni. Bukan nak bangga2 kan filem luar dari tempatan tp itula hakikatnya.

Jan 15, 2009

INFO : Orang Gemuk Cepat Tua

Menurut kajian yang dilakukan mengenai masalah "chromosomal clock" pada sel tubuh badan manusia, masalah kegemukan atau obesiti akan mempercepatkan proses penuaan jika dibandingkan dengan tabiat merokok.

Tim Spector, dari Hospital St. Thomas, London telah melakukan 'telomere', iaitu kajian mengukur tahap kepanjangan kromosom pada sel darah putih. Kajian ini dilakukan terhadap 1122 orang wanita berusia di antara 18-78 tahun. Setiap kali sel terbahagi dua, telomere akan kehilangan sepotong kecil DNA.

Ketika ia menjadi terlalu pendek, sel tidak lagi berupaya utk terbahagi dua. Pemendekan telomere ini berlaku sebagai "chromosomal clock", melakukan perhitungan ke bawah terhadap generasi selular. Semakin pendek telomere, manusia akan semakin tua secara fizik.

Spector jg menemui bahawa sel2 darah putih daripada wanita yang lebih muda memiliki telomere lebih kurang sepanjang 7500 ukuran dasarnya. Panjang telomere ini akan mnyusut seiring dengan pertambahan usia dan rata-ratanya di antara 27 ukuran dasar per tahun.

Bila faktor gaya hidup dimasukkan ke dalam pengukuran, maka satu perubahan drastik akan muncul. Perbezaan di antara mereka yang mengalami kegemukan dan mereka yang mempunyai tubuh badan yang langsing mencapai 8.8 tahun. Ini bermakna mereka yang lebih gemuk akan mengalami proses penuaan 8.8 tahun lebih cepat.

Uniknya, kaitan di antara konsentrasi leptin yang tinggi dengan pemendekkan telomere jauh lebih kuat daripada hubungannya dengan kegemukan apabila ia diukur berdasarkan indeks massa tubuh. Leptin adalah hormon pengawal nafsu makan, di mana orang yang berbadan besar atau yang mengalami masalah kegemukan cenderung kebal terhadap hormon ini walaupun mereka memilikinya di dalam kuantiti yang lebih banyak.

sumber : Mingguan Wanita

********************************************************

Pertama sekali saya memohon maaf sekiranya info ini boleh menyinggung hati dan perasaan bagi mereka yang berbadan agak 'besar'. Samada utk mempercayai atau tidak, terserah pada anda kerana saya sekadar ingin berkongsi bersama info yang diperolehi ini.

Mak saya pernah kata, orang gemuk ni sebenarnya awet muda. Lambat nampak tua berbanding yang berbadan kurus dan langsing... apapun pandangan dan pendapat, anda tentukan sendiri. Yang pasti samada Gemuk atau sebaliknya, kedua-duanya mempunyai baik dan buruknya. Bak kata Nabil ( RLA ) "Lu fikirlah sendiri"




Jan 13, 2009

PALESTIN


















" Ya Allah, Sebagaimana KAU pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon padaMU ya ALLAH. Turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang Islam Palestin. Hancurkanlah Rejim Zionis sedasyat-dasyatnya "...



"Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul".

Begitu beratnya mata ini bila memandang dan telinga ini mendengar, tatkala di corong-corong radio, berita-berita utama di TV kini begitu hangat melaporkan dan memaparkan kisah-kisah penderitaan rakyat Palestin. Apa salah mereka sehingga perlu melalui penderitaan sebegini.

Berita terkini,
13 jan 2009, angkatan tentera Zionis telah berundur dari Bandar Khuza' a pada Isnin lalu dan bergerak ke timur Khan Younis di selatan Gaza setelah menghadapi rintangan hebat di sana.
Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa askar-askar rejim Zionis meninggalkan satu kesan kemusnahan di bangunan-bangunan, tanah pertanian dan harta benda. Anggaran awal menunjukkan jentolak rejim Zionis telah memusnahkan hampir 30 buah rumah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Jan 7, 2009

I wish...


ouhh!! jatuh cinta lg pada SLR..





Jatuh Cinta???!!!


Cantikla dia tuh..pakai apa je, mmg lawa.Sesuai sangat. Allah bagi dia lebih dr segi paras rupa. Perasaan bangga terselit sebab kami adalah 'spesis jantina' yg sama.

Suka sgt tgk dia senyum..lirik mata dia, kening dia..semua buat mata ni kaku sehingga xnak tgk benda lain selain wajahnya..aku jatuh cinta ke?? yer, jatuh cinta pada wajahnya yg manis..apalagi bila dikenakan dgn tudung/selendang..mcm seorg model.. Pendek kata dia punya segalanya.

Dia mmg fotogenik...manis sgt2la. Ada orang kata, dia takla cantik sgt tp manis tu lebih dr manisnya gula dan madu..Dlm erti kata lain, dia punya daya tarikan yg 'istimewa'. Di mata ini, xpernah jemu bila melihatnya..

Inilah salah satu dari ciptaan Allah.. Terlalu indah sehingga sukar utk di ungkapkan..

Jan 6, 2009

Badan lemah..terasa spt aku...


DEMAM!!!!!!

urggghhh, malasnya nak buat keje2 ni..


Jan 5, 2009

Unik..tp pelik!!!

SRCHWANTZ

berdasarkan perkataan di atas, korang rs sebutan SRCHWANTZ tu apa???
sila jawab n komen...:)


p/s: jawapan akan diberikan kemudian




Dec 30, 2008

Bila Atiqah bertanya...



Masa nak hantar my sis nak feri ke Labuan, jumpa budak comel ni..mulutnya asyik pot-pet..sambil membaling roti2 kecik yg di siat2nya ke dlm laut..Tetiba, terasa tgnku d cuit manja..

Adik : kak, dlm air ni banyak ikan x??
kakak: Byk..tu ikan da muncul..( sambil menunjukkan ikan yg sedang berenang ke permukaan air )
Adik : Banyaknyerr............
Adik : E..sampah!!!! Ikan makan sampah x? Klu ikan makan, ikan mati x?
Kakak: Ikan akan mati sbb sampah bukan makanan ikan..
Adik : Kenapa org buang sampah?? Buanglah sampah dlm bekas sampah

tgk...bijakkan???ble fikir. Napa org yg buang sampah tuh x pandai nak fikir. sedangkan adik kecik ni yg rsY masih blum melangkah ke alam persekolahan da pandai nak fikir ttg soal kebersihan ni..



Masa aku ambik gambar 'sampah' ni, dia turut menegur. Kenapa ambik gambar sampah. Sampah x cantik. Ambikla gambar ikan..heheh...aku saja ambik sbb gambar sampah ni sbb nak post kat blog.Aku tersenyum mndgr stp coleteh darinya..dan yg pasti aku ttp melayan setiap pertanyaan2 yg kluar dr bibir comelnya itu tnpa ada rs penat..:)



~ Adik Fatin Atiqah ~

MORAL: Sedangkan kanak2 yg seusia Fatin bole berfikir betapa pentingnya kebersihan pada alam sekitar, mengapa tidak kita yg dewasa ini menitikberatkan penjagaan kebersihan alam sekitar? Tidak wujudka perasaan malu bila kanak2 seusia begini ble berfikir matang berbanding kita? JAGALAH KEBERSIHAN, KEINDAHAN ALAM SEKITAR KITA.

Manukan Island

laalalaalaaalala..bestnyer..trip ke Pulau Manukan bersama my bestfriend 'abot'...



Dari Pelabuhan Jesselton ke Pulau Manukan hanya mengambil masa kira-kira 25 minit sahaja utk sampai ke destinasi ( Pulau Manukan ). Mmg sangat xcited utk bercuti ke Pulau Manukan ni..Kitaorang pergi-balik ( jam 9.45am - 4.00pm )Sebenarnya rancang nak p dlm jam 8.00am. Tp oleh kerana driver tuh..lambat sgt memandu..hikhikhik..60km/j je paling laju drive, sampai lewat le kat pelabuhan. xper2..biar lambat, asalkan selamat. Nasib baik dpt pembantu yg baik hati, comel, sabar, mberi semangat kepada c driver menunjuk arah jalan..owhh!!!! sedar x sapa yg d maksudkan dgn si driver tuh???!!!!! xmo kasi tau kat cni nnti pecah rahsia..hikhikhik..

Tgkla betapa xcitednya kami nih!!! dlm bot sempat possing...





Bila da nak dkt2 sampai Pulau, xsabar2 pla rsY nak turun..nak pijak pasir kat pulau manukan ni..cpt ler sampai kat jeti...( huhu!!!ayat xsabo nak turun bot )




mak oiii, ramai giler time tu kat sna. Tp xsempat nak rakam..heheh..Biasalah 'omputih',Jappanese, Korean, Taiwan..semua da menepek jatuh kat pasir tu..bersantai bagai sotong..ni nak upload cth2 "sotong basah" yg berjemur..Xnak upload, tp nak juga!!!




Lagak mcm tak panas je pasir tu kan??!! Huhuhu..

Cuba tgk ikan2 ni..




Masa mnyelam,lg rs macam nak tangkap je ikan2 tu..:)Pendek kata mmg best percutian kali ni. W/pun kulitku agak sedikit 'rentung' dek kepanasan d pulau tu, tp percutian ni mmg diriku sgt2 relax dr sebarang stress.

MEMO : Abot, lenkali kita p bercuti lagi eik..

Dec 24, 2008

ANtiBioTik

Pagi ni baru balik dari Klinik. Beberapa hari lepas, mmg BZ dgn chattering. Makan minum semua tak terjaga. Lebih-lebih lg air kurang..Badan rs xsedap. Jadi check kat klinik. Dktr kata ada masalah skit dgn sistem perkumuhan..adoiii...dpt la antibiotik ni...Mahal. RM26.00 ( 5 biji je ).

semoga sihat sepenuhnya sbb plan ngn abot nak bercuti kat Pulau Manukan.

P/S : Len kali kena bawa air mineral selalu..Br sihat selalu..hahhahah...

***************************************************************************************

2jam selepas itu..

~ mata semakin berat ~

Dec 22, 2008

21 Dec 2008

Tarikh ni bawa banyak erti dalam hidup saya. Salah satunya, my bestfren, mya..slmt melangsungkan pernikahan n perkahwinan dgn pilihan hatinya. Syukur, segalanya berjalan dgn lancar.


"Selamat Pengantin Baru"
Mya & Salleh


Perjalanan ke rumah pengantin perempuan, mya sgt2 "adventure". Tp kerana semangat yg tinggi utk attend majlis mya, segala onak duri kami tempuh..W/pun seketika masa itu, kami hampir2 mengalah kerana keadaan jalannya yg bertanah merah dan licin. Mungkin disebabkan niat kami yg tinggi, suci, murni..akhirnya atas bantuan pakcik HILUX, akhirnya kami berjaya mengharungi jalan2 yang sebelum ini kami tak berjaya lalui.Thx Pakcik HILUX!!! Orang kg Mya, baik2 belaka..:)sebab tu akhirnya kami bertiga ( sy, memel & mare )sampai ke destinasi yang dituju.





~ sy suka tengok design pelamin mya ~ love! love!

Dec 17, 2008

~ CANTIK ~

Cantik itu terlalu subjektif. Sukar utk di gambarkan dan dhuraikan dgn kata2.Melalui pandangan mata kita, kiri kanan, dpn belakang sebenarnya adalah CANTIK, Indah.. andaiY mata ini bisa merungkai apa yg tidak terucap dgn lidah, namun mata bisa merenung jauh ke dasar dalam dan merungkai ertikata CANTIK.

CANTIK itu hanya perhiasan. Pinjaman Allah swt buat makhluk di muka bumi ini. Berhati2 dgn CANTIK wahai teman2ku. Kadangkala kita sering alpa, lalai, leka dgn kecantikan itu hingga kadang2 membawa kita jauh ke jurang dunia. Hanya kerana mengejar CANTIK, segalanya sanggup di korbankan sedangkan apa yg kita perolehi dlm kehidupan kita hanya sekadar pinjaman sahaja. Bukan hak kita secara hakiki.

CANTIK itu bukan yg kita lihat secara luaran. Namun kecantikan dalaman sekali. Ada insan cantiknya bukan dr segi paras rupa, bentuk badan, tp cantiknya terletak pada hatinya.. kita sering tertipu dgn kecantikan luaran. Mengapa?? mungkin melalui mata kita hanya mampu menilai cantiknya itu melalui luaran saja. Alangkah ruginya kita andaiY kita hanya mampu mntafsirkan kecantikan itu hanya dr luaran.

P/S : Saya suka keindahan. Suka dgn kecantikan. Kerna itu adalah anugerah dan nikmat dr Allah swt..:)Walaupun saya tidak mampu merungkai CANTIK itu melalui kata-kata kerna CANTIK itu terlalu subjektif.

Pagi yg ceria

Masuk je opis pagi ni rs senang sgt. Duduk d kerusi empuk sambil mendengar2 irama indah halwa telinga ini buat diri terasa pagi ni sangat ceria. :)

Dec 16, 2008

::MOOD::

Hari ni xda mood sgt..rs mcm malas nak sambut call. tp bz pla hp sblh ni asyik berdering. masuk msg, panggilan..mana2 yg call akan tegur.."napa suara lemah je???"..nak je jawab "Mood kureng skit syg"..dess!!!hampeh. Tp lebih suka diamkan diri..

Time rehat td pun makan soto ayam je. tu pun kurang selera. pastu cuci mata. belila sandel sbb malas pakai highheels yg tinggi ni.biasanya sy ni cerewet nak beli sandel stp kali nak pilih sandel tp kerana rs 'kelemahan & kelelahan' berjalan, sambar je. HasilY??? heheh, lucu!xpernah2 fikir nak pakai sandel ni..

Dec 6, 2008

Bila tgh 'free'

Bila perasaan tgh free, mulala tangan menjalar meng'update' blog..hmm..semua di tukar skin blog..tau x, kadang2 penat gak sbb byk nak ubah, nak tukar, nak tulis balik, letak balik...mcm pindah umah lagaknya..huh!!! mngeluh lagi..x baik taw..:)tp mcm tak puas hati juga..mcm nak ubah lg.. nak cari skin blog lain.. any idea???

Bila tgk jam da tghari, xmakan tghari lagi.. nak makan dgn sapa eik?? xda kawan nak makan samala. kata 'org' itu, sy semakin chubby..alamak..yeke??hmm, susah2 dietla tghari ni. tp, malam karang konfirm makan banyak..sy tak reti nak diet..hmm,nak tak nak kena beli makanan kat luar jap la..