Mutiara kata

Mar 31, 2009

Owh!!! kesiannya...:( - Kuning

salam...


Pasal my cat, ( kuning ) sakit...xnak makan, minum...sy da bawa p klinik haiwan, nak kena suntik ubat, da bg makan ubat..tp semua x berubah.

pagi td, sblm sy nak p keja, kuning baring kat atas kasut mak..landing..ingt da mati, sy panggil2 nama kuning..tetiba kuning buka mata..mngiau kat sy. kata ayah, kemungkinan besar dia termakan racun...racun tikus..beberapa hari yg lepas, kuning muntah. byk sgt muntahnya pastu muntah kuning wrna dan bentuk yg lain. dlm ati mngiyakan kata2 ayah. Mungkin Kuning termakan racun...

Owhh, xtau nak buat apa da skrg ni. badan kuning semakin ari semakin kurus..sedih n kesian stp kali nampak kuning...xper, sy akan bawa dia p jumpa doktor haiwan lg..tp klu btl dia nak mati da..sy redha..tp sbnrY kami mcm berat hati nak lepaskan kuning. Kuning da lama bersama kami sekeluarga. Seekor kucing jantan yg sgt manja dan pemalu...rindu saat2 kuning masih sihat.Saya nekad akan cuba sembuhkan kuning...mesti!!! harus!!!!

Notakaki : Kuning kena kuat...Kuning kena sembuh!!!

Mar 30, 2009

Earth Hour

Salam...

28hb yg lepas, sy dan family menyahut kempen 'Earth Hour'- memerangi kepanasan global. Bermula dari 8.30pm - 9.30pm.. Sepanjang Earth Hour ni, kami berjaya mengurangi penggunaan elektrik. Hampir 1 kawasan perumahan tempat sy menyahut kempen ni. Tp ada juga kediaman yg terang benderang, xtaula mereka tau atau x kempen ni atau mungkin juga buat2 xtau. Tp yg pasti sy adalah orng yang peka dgn sekeliling...:)

Mar 28, 2009

BERLIBUR DI HARI SABTU..

Dapat award dr Cik Lynn @ Abot.. thx darlink ur cute award ni...

tapi...hmm, ko ada masalah ke?? citerla klu ko tak kisah.. sy baca blog ko update pasal SEPI la, SEDIH,KECEWA... napa ni?? ko kawan sy yg sy kenal selalunya ceria...xpernah mcm ni..

oh ya, my fren ada tawarkan keje sbg guru tadika. Minat juga. tp dia xsure ada EPF ke xder..maklumla swasta kan.. makn minum semua di tanggung termasuk tempat tinggal. Ble OT lg d ujung minggu. mcm best kan sbb dlu sy pernah jadi guru sandaran. Then klu dpt balik keja jadi guru, e..mmg sgt2 suka. tnggu perkembangn selanjutnyer...

skrg ni time free..dpn ada pc tgkla youtube. citer korea lg. ' THE SNOW QUEEN '. xder translate malay/english.. sebaliknya translate dlm bahasa Sepanyol..hahahaha...so, pura2 faham le dr bahasa korea tu..tp mmg sedih citer ni...uoahhh!!! sbnrY dr bahasa korea ni, sedikit sebanyak sy da faham..takla terer nak bercakap, cuma agak sedikit mngerti..:p

Hmm..actually tajuk entry xda kaitan dgn entry yg sy post ari ni...heheheh..

Mar 23, 2009

JERAWAT = XNAK!!! BEKAS JERAWAT = LAGI XNAK!!!!!!!!!!!!!!!

salam..

hai nk tnya korang ni, camne eik nak hilangkan bekas2 jerawat kat pipi ni?? jenuh da.. xbyk tp ada la skit yg wat kiter sakit ati je bila nampak kesan jerawat tu... nak ber'photo'2 jg segan kerana ia akan sedikit kelihatan...:(
jeles la tgk wajah2 ayu lagi jelita tanpa ada bekas jerawat yg mng'hodoh'kan wajah. cmner eik? bgla idea..huhuhu... idea yg bernas lg berkesan okay..bukan yg melingkupkan..:P

Mar 21, 2009

ALASAN LAMBAT MASUK KEJE KE NI???

salam...

hari ni nora lambat masuk opis ..L-A-M-B-A-T okayyy... oh ye, kiter mmg keje ari sabtu sbb stp jumaat kita holiday..keje ari sabtu pun bukan halfday, penuh sampai jam 5pm br ble balik. adeh!!!!xpayah tnya napa, sbb mmg camtu la yg KOMMS da tetapkan.oh ya,pagi td p workshop sbb keta meragam..xble stat la, ada masalah bateri.. ayah pla kena g kenduri kat Lohan. dia jadi tukang2 masak bersama kengkawannya. huh, terpaksalah td g workshop. buat services kat perodua, jln Kilimu. Rupanya bnyk lagi masalah lain. Selain bateri, padbreak pn kena tukar..melayang RM200 bln ni. x termasuk bateri lagi tu sbb bateri abis stock. kena stanby lgi ni..next week kena kuarkan duit la lagi utk keta. tu keta mak, klu keta sendiri, msti da botak. nak cekau duit mana klu tgh2 bulan camni? lu fikirla sendiri kata Nabil. nora jd driver je..:)

Banyaknyer keta ari ni.xterkira rasanya Pastu da alang2 mak pla minta teman g jumpa kawan dia. Nak antar barang. last2 sy masuk keja da jam 2.00 pm. lagak macam bos je. heheheh...maaf bos..

Nota Kaki : Kepala naik sakit da ni sbb cuaca x Ok sgt skrg. Sori x sempat nak snap2
gambar td..
M-A-L-A-S = MALAS.. :p

Mar 20, 2009

AKU STACY!!!

salam...

poster & cd ( album terbaru Stacy )

hai,

smlm nora g tgk konsert stacy..hehe, ramai btl org time tu. xkisah nak p tgk gak..nasib baik mak sporting ikut sekali teman kitaorang p tgk konsert stacy.. untung la Stacy & Pihak Maestro sbb selain konsert, pihak maestro juga nak mempromosikan album terbaru Stacy..mmg best n gempak. Ligat btl stacy mcm tak reti penat..klu nora agaknya da lama pengsan.!! ahahha..

cute*

Nota kaki : Bodyguard Stacy mcm hampeh!!!!

Mar 19, 2009

SAYA NAK BERCERITA

salam...

hi, ari ni nora nak kongsi citer. Tdi view2 kat Youtube nampak satu video klip korea. xtau tajuk pe lagu tu.. sedih la lagu tu.kira kisah cinta yang tak kesampaian. korang imagine la..

citer nyer camni " ada satu pasangan ni, bercinta. lelaki ni da luahkan perasaan. da melamar pmpuan ni utk jadi suri di hati. satu hari, doktor sahkan lelaki ni mngidap sejenis penyakit. kanser mata kot coz doktor tunjukkan laporan x-ray bahagian kepala yg meliputi mata. kebetulan juga lelaki ni buat rawatan mata sbb penglihatannya makin hari semakin kabur. Dan doktor memberitahu bahawa dia akan buta disebabkan penyakit itu. sebelum matanya buta, lelaki td da ambik keputusan nak tinggal kan gf nyer..wuhooo, pmpuan ni nangis. xtau sebab pe bf dia tnggalkan dia..

berlalu sudah kisah cinta xkesampaian mereka. pmpuan td akhirnya berkahwin dgn lelaki lain. dan paling mengejutkan x-bfnyer dtg hadiri majlis perkahwinannya. Bekas bf dia hanya berdiri, memandang tepat ke arah pengantin pmpuan ( x-gf ). Pmpuan ni kontrol perasaan la. padahal air mata da mengalir. adalah part2 kenangan mereka bersama kena flash back...tetiba lelaki ni tersenyum dan tinggalkan majlis pmpuan tu. Pompuan ni, tanpa mempedulikan lagi tetamu, terus lari kejar x-bfnyer. konon2 nak tnya kenapa lelaki tu tinggalkan dia mcm tu je dlu. Bila da jumpa x-bfnyer ni, pmpuan tu terkedu, sbb lelaki tu tak bercakap sepatah pun ngn dia.. lagi satu, mata lelaki tu pandang 1 arah je. pandangan yg tidak mempunyai makna. disamping lelaki tu ada seekor anjing. mana anjing tu pergi, lelaki tu ikut. dan anjing tu mcm tau, pmpuan tu x-gf tuannya..dan d snilah baru pmpuan ni tau, yg lelaki tu tinggalkan dia sbb lelaki tu xnak gfnyer kecewa dan derita bila tau yg dia akan buta. tnpa ada pngucapan, lelaki td pergi tnpa sepatah kata..dan dia menangis kesedihan. Hanya d hati mereka boleh menyelam kasih bhawa antara mereka sememangnya ada cinta. Namun cinta mereka tidak mungkin menyatu".


-END-

xtaula napa tetiba jiwang petang2 camni..hikhikhik...


Mar 18, 2009

JOM LAYAN LAGU NI...

Klik kat cni..
http://www.youtube.com/watch?v=BRjkC_OKoRo&NR=1


Dan Sebenarnya - YUNA


Oh bulan, enggan melayan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
mula menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi..........
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh
dan sebenarnya...
aku rindu......
dan sebenarnya....
dan sebenarnya....
aku tak mampu...

layan lagu ni best!! pernah dgr lagu ni dlu, tp xpasti sapa penyanyinya..tp bila CT AISYAH-AF7 nyanyi lagu ni, sy pun terus search kat Youtube..lagu ni sgt slow, tp menenangkan. Diiringi dgn petikan2 gitar.. Cuma soalannya, napa penyanyi asalnya mcm tak famous je?..


Nota Kaki : Meh relax jap...

Terima Award....

Thx cik pija atas pemberian award ni...berdebar jantung td bila dgr bunyi drum yg d palu ketika nama diumumkan menerima award ni..hahahha..skema!!!!


Dan dengan ini, sy juga ingin berkongsi award ni dgn other sisters yang tersenarai namanya seperti di bawah..

( Di iringi dgn bunyi drum ) nama yang tersebut ialah:,

1. Sue
2. Ailynn
3. Rina
4. Kak Rien
5. Cik Bunga

Dipersilakan naik ke pentas utk menerima anugerah ni..:)

Mar 17, 2009

JANGAN MEMENDAM

Sekarang ni waktu rehat pejabat. Sambil2 tunggu memel tuk makan bersama, sy tertarik utk membaca buku hasil karya Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj - Membina Hati Bahagia.. Sangat tertarik dgn tajuk kecilnya "Apapun, Jangan Pendam ".

Ada kebenaran dari setiap hasil nukilannya. Saya gemar membacanya selain utk menambahkan motivasi diri dr segi luaran dan dalaman. Secara amnya, majoriti rakyat kita gemar memendam perasaan berbanding meluahkannya.Memendam itu membuktikan kesabaran. Namun sampai bila ianya akan bertahan? Menurut Dr Tuah, "memendam perasaan itu ibarat memasang bom jangka. Ia hanya menanti detik yang telah ditetapkan utk meletup, tetapi memendam perasaan mungkin lebih cepat lagi. Memendam rasa, baik yang elok mahupun tidak, semuanya pasti meletup. Yang diperam pasti masak, yang direbus pasti mendidih, dan yang ditanak pasti menjadi bubur".

Ada kebenaran kan dari kata2nya? mengapa mesti memendam? mngapa tidak diluahkan saja agar beban di hati menjadi ringan. Ringankanlah bibir mengungkap kasih, syg, maaf pada yg berkenaan. Selagi ada masa mngapa perlu kita mempersiakan? atau perlukan kita menanti hari2 baik, bulan baik, baru meluahkan perasaan yg terpendam itu??

Sebenarnya saya juga kadang2 tidak lari dari sikap suka memendam perasaan. Tidak kirala benda itu baik atau sebaliknya.. lebih elok jika sy belajar memberanikan diri meluahkannya agar beban di hati mnjadi ringan, dan hidup mencapai kebahagiaan kerana sewaktu membaca buku ni pun, sy juga sedang memendam perasaan.

Sebenarnya banyak lagi bab2 dalam buku Membina Hati Bahagia ni.klu ada kesempatan bacalah. penuh dengan pelbagai motivasi diri.

Nota Kaki : Dunia ini hanyalah 3 hari: hari yang telah berlalu, maka tidak ada lagi kesempatan ditanganmu dari hari tersebut. Hari esok yang tidak dapat mengetahuinya, entahkan dapat menemuinya ataupun tidak. Dan hari pada saat kamu berada di dalamnya. Oleh itu, pergunakanlah dengan sebaik-baiknya. - ( Nabi Isa a.s )

Mar 12, 2009

Sue, sampai bila2 pun kita tetap kawan rapat...

Smlm sue call jam 12.30tgh malam...huhu, mcm dating pla..rsnya hampir sejam kita borak kan sue..Ngantuk pun tolak tepi sbb nak borak ngan sue..Really2 miss u la..Kiter sembang mcm2 topik..Siap gelak2 dlm atas katil.Da lama kita tak duk sembang2 bersama..Ko balik sabah, tdo umah sy beberapa hari k...



nota kaki: sue,kita tetap kawan sampai bila2..w/pun da berkedut2...frens 4 eva!!!

Tag dari ABOT

1.Majlis perkahwinan anda attend baru-baru ni?
My bestfriend wedding, mya

2.Apa warna theme majlis tu?
kuning + putih + silver

3.Apa kaitan anda dengan bride (lelaki atau perempuan)
kawan rapat ( pmpuan ler...)

4.Misti bawa present atau $ kan?apa?nilainya?
kiter bagi dia $$ je...heheh...nilainya???gerenti dpt beli
barang punya..kihkih..

5.Apa yang memoriabe masa wed tu?
missed tak dpt sampai sbb jalan licin. umah pengantin atas bukit,
musim hujan pla tu,
nasib baik dpt lepas..tp mmg sgt adventure!! - sebab tu aku
pilih dia tuk jawab TAG abot...

6.Makanan yang delicious anda makan di situ?
semua makanan sedap..heheh...

7.Dapat ole-ole ke dari keluarga pengantin?apa tu?
cenderahati bentuk 'love', comel sgt....

8.Ucapan yang anda dedicate utk pengantin tu
selamat pengantin baru, semoga kekal dan bahagia sepanjang
hayat...actually bln 12 ari tu lg attend majlis kawin dia, tp bagi aku dia ttp
masih pengantin baru...

Mar 11, 2009

Jom belajar sama-sama

Minat mencuba pelbagai resipi? jom klik kat sini,

Jom masak dan makan

macam2 ada kan??? moden ada, tradisional ada...
pasni ble la kita belajar bersama-sama...

"gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut, senang hati"



nota kaki : kenalah belajar masak sebelum kawin..hikihikhik..

Bermain dengan wrna-warna..

salam..:)

Hari ni tersangatla tension kekdanya..buat tu, buat ni semua tak semangat. Tp still ada masa bermain dgn 'wrna'. Blog pun da jadi mcm KEDAI AISKRIM..saja nak releasekan tension ni..

Dari pagi sampai la sekarang, keja!!keja!!keja!! bz dong..tp mcm mnyampah tahap gaban.rasa mcm nak balik umah, tarik bantal n tdo lena sampai pagi sok. bole ke??? cakap pn da merapuh2..aishh, mcm ni la klu dlm kepala ada mcm2 perkara yg perlu di selesaikan..

Sesekali menoleh ke cermin bulat lagi tradisional kat atas meja opis nora ni. Nampakla muka 'masam cuka'..dunno la wat happen to me dis time...muka nampak lain..mmgla kan org tak semangat.. aduh..d mana penawar ati ni??argghhhhh!!!!!xmo la camni.x best la..tp 2,3 ari ni mmg sedikit bz dan letih. Bisnes yg ada pun berjalan sgtla lembab ibarat siput...dan smlm sgt la marah sedikit d hati..barang tu kena 'create' balik sbb ada yg da rosak...xle rosak tp mcm xkemasla buatannya.huhuhuhu...xper2, nora akan kluarkan kemahiran dalaman yg tersimpan...


nota kaki : nnti sambung la..nak update report dlu..

BACKGROUND

Hari ni nora tukar background lagi.
Nak kasi 'mekap'2 skit blog ni. nnti bila da boring,
kiter tukar lagik..heheh..

nota kaki : xder keje, cari keje...

Feb 25, 2009

Pija suka lagu ni..aku juga suka..

Lagu ni buat aku tersenyum..buat hari ini ceria bagi ku..rupanya pija juga mnggemarinya, lalu aku juga mo share sama kamu semua..enjoy ya.!!
utk enjoy, sila klik kat link lagu ni..Superstar by Project Pop
- http://www.youtube.com/watch?v=RQmm2lIc7NM

dan jom kita mnyanyi bersama...

Andai aku Pasha Ungu
Semua wanita kan memburuku
Bila aku Ariel Peterpan
Kau yakin ngefans karena gua keren

Sexy badannya Mulan Jameela
Cantiknya dia seperti aku
Giring Nidji sahabat aku
Dekat denganku dialah aku

Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
Ku ingin engkau mencintaiku apa adanya

Reff:
Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Haa haa haaa… haa haa haaa…
Haa haa haaa… haa haa haaa…

Andai ku Letto wis pasti aku wong jowo
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
Ku ingin engkau mencintaiku apa adanya

Back to Reff:

Kata orang ku mirip Glenn Fredly
Suara merdu, wanita jatuh hati
Namun semua itu hanya mimpi bagimu woohoo

Jadi semua itu hanya mimpi
Ya iyalaah masya ya iya dong
Duren aja dibelah bukan dibedong

Back to Reff:

Kamu bukan super, kamu bukan setar
Kalo digabungin kamu bukan supersetarr
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Feb 21, 2009

My birthday..20.02.2009

Today is my birthday..rasa terharu terima sms dr kawan2 yg still mengingati my birthday ni terutama my bestfriend miah awal2 pagi da wish, abot..siap wish dlm blog lg, sue pla siap wat panggilan melalui confrence call. dapatla bercakap terus aku-sue-abot. sue yg aturkan semua.

aku terharu la geng korang xpernah lupa my DAY..Nampaknya aku da menginjak usia 27thn.semoga aku semakin matang melalui hari2ku yang mendatang..doakan aku sentiasa suksess dalam segala perkara ya..semoga persahabatan kita ini kekal selamanya...amin ya rabbal alamin..

p/s: abot n sue, gud luck ur exm spa..:) i luv u all!!!

Feb 19, 2009

SEA LAMPREY


Sea Lamprey atau lebih dikenali sebagai ikan 'vampire' 'pontianak', merupakan sejenis ikan yang menyamai belut, tidak mempunyai rahang namun mempunyai mulut yang berbentuk corong dan bergigi tajam. Hidup dengan cara menghisap darah dan cecair dari badan ikan-ikan lain. Dengan menggunakan giginya yang tajam, ia akan melekatkan dirinya pada ikan lain sebelum mengorek daging isi dan menghisap darah serta cecair di badan ikan yang mnjadi mangsanya.

mcm terasa sgt tajan gigi 'drakula' 'pontianak' ini..


salah satu ikan yg mnjadi mangsa Sea Lamprey

Habitat sebenar spesis ini adalah di sekitar perairan pantai kawasan beriklim sederhana kecuali Afrika dan kawasan tropika. Di Amerika Utara, Sea Lamprey dianggap sebagai spesis perosak kerana membunuh spesis ikan yang menjadi sumber ekonomi seperti trout. Namun berbeza di barat daya Eropah kerana Sea Lamprey dijadikan sebangai makanan yang sangat digemari.

Pusingan hidup bagi Sea Lamprey secara semulajadi bermula daripada penetasan di sungai dan kehidupan dewasanya di laut. Apabila ia mula menjadi ikan parasit dan bergantung hidup dengan darah dan cecair ikan lain yang dihisapnya sehingga hanya dengan beberapa minit sahaja mangsanya akan mati akibat kehilangan darah dan jangkitan kuman. Biasanya Sea Lamprey jantan dan betina yang kekenyangan akan mencari hilir hulu sungai yang sesuai untuk bertelur dan mati.

Umumnya, setiap seekor Sea Lamprey mampu memusnahkan sehingga 20kg ikan trout sepanjang tempoh ia menjadi 'parasit'.

INFO: Lamprey laut ( Sea Lamprey )

~ Lamprey laut atau nama sainsnya Petromyzon marinus

~ Asal dari Lautan Atlantik, boleh ditemui di timur Amerika dan Kanada

~ Hanya wujud di kawasan Tasik Besar

~ Kali pertama dikesan pada 1936 di Tasik Michigan

~ Mempunyai bentuk seakan belut, keluarga ikan tanpa rahang yang sudah wujud sejak zaman dinosaur, panjang antara 20 hingga 40 sentimeter, bahagian belakang berwarna coklat gelap, bermulut bulat dengan gigi tajam, mata besar berwarna merah

~ Menjadi ikan parasit apabila dewasa

~ Ikan lamprey air tawar ditemui di perairan Washington, sesetengahnya menjadi ikan parasit dan ada yang tidak

~ Ikan lamprey air tawar parasit: silver lamprey, chesnut lamprey

~ Ikan lamprey air tawar bukan parasit: Spesies northen brook lamprey, American brook lamprey.

Feb 17, 2009

Takziah Buat CT & Keluarga

Salam Takziah buat Dato Ct Nurhaliza di atas pemergian ayahanda tercinta, Taruddin Ismail, 67, yang meninggal dunia kerana komplikasi jantung. Semoga rohnya dicucuri rahmat. DariNYA kita dtg, dan kepadaNYA kita kembali.



Feb 16, 2009

Welcome To Pekan Nabalu

Deretan kedai gerai

Signboard di gerai Pekan Nabalu

Mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan dari Pekan Ranau, Pekan Nabalu adalah salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong-pelancong samada luar atau dalam selain dari taman-taman Sabah, yang terdapat di negeri Sabah.

Dengan keunikan kraftangannya, yang lebih menumpukan seni halus buatan dari rotan.

Bakul-bakul rotan yang dianyam dengan begitu kreatif
hasil dari masyarakat tempatan.

Yang digubah dengan penuh kreatif menjadikan Pekan Nabalu tidak pernah lenggang dari singgahan 'tetamu'nya.

Dan di sini, aku mngambil kesempatan utk mempromosi Pekan Nabalu. Kesempatan untuk bersinggah sebentar di Pekan Nabalu, memberi ketenangan dgn mencuci mata dengan kraftangan yg cantik dan unik sini.Masuk je ke dalam gerai, nampaklah signboard ini. Tergantung kemas..Penuh pelbagai identiti..

Bila sahaja kaki melangkah masuk didalam gerai ini, dgn ramah penjual akan menawarkan pelbagai harga menarik. Kalau sememangnya anda gemar akan cenderahati, gerai Pekan Nabalu adalah pilihan tepat jika berada di Ranau. Keunikan seni yg ada sering mencairkan hati setiap tetamunya pengunjungnya.

susunan kreatif pelbagai kraftangan
ukiran patung/arca utk hiasan

'souvenier' ringkas, kecil tp comel..

beg-beg kecil yang dianyam halus

cute kan??!! dr tempurung kelapa..
kreatif sangat!!
















sesuai utk d bawa bersiar-siar atau digunakan utk meletak buku2 pelajaran bagi mereka yang berjawatan guru..:)

salah satu alat muzik di sabah yg dikenali
'sosondoton'

Semenanjung Malaysia mngenalinya sebagai congkak
di Sabah juga congkak, bezanya anak buahnya dr siput2 kecil. Tapi
lebih kepada hiasan sahaja.

Ia bergantung, bila berlanggar antara satu sama lain, atau tersentuh..
ia mengeluarkan bunyi2 indah muzik..ia lebih seperti alat muzik yang dikenali sebagai
"amplong"..

Tidak ketinggalan T-shirt yang melambangkan Negeri Sabah juga ada dijual.. Pelbagai corak, mudah didapati. Kunjungilah Pekan Nabalu, dan rasailah keunikan yang ada di Gerai Pekan Nabalu. Anda pasti berpuas hati.