Mutiara kata

Apr 27, 2009

Sedikit penat & letih

salam.

nora baru balik dr sekolah. letih sedikit tp gagahi juga diri ni utk mem'blog'.rindu mo mem'blog' faham x? kat cni cuaca sgt panas...dan juga mengalami sedikit masalah air...huhuh..dugaan..

apapun lepas ni nak rehat sekejap. nak tdo d bawah kipas yg berputar...nak sejukkan badan. k, jumpa lagi...

Apr 21, 2009

Meluah perasaan..

Salam...

hi, hari ni nora nak citer pasal Telupid. Pekan Telupid. Mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan dr Pekan Ranau. Penat sedikit memandu. Daerah yg sedikit panas dr Ranau. Sampai sna mmg cuacaY panas.. pekan yg agak kecil. Dari mata ini, kelihatan pekan telupid memerlukan lebih banyak infrastruktur... hehhe, pandai cakap je nora ni.. korang tak caya kan?? dtg dan lihat sendiri..

Xjauh sgt sebenarnya sekolah nora dgn pekan telupid. tp klu takda kenderaan, mmg 'masak'la sedikit di panah mentari...kelmarin nora lapor diri bertugas kat sekolah tu. Semua da settle cuma tempat tinggal tu xda lagi. Jenuh mencari, akhir pulang ke ranau semula.. Mngkin utk beberapa tempoh terdekat ni terpaksa menumpang 'kasih' d umah kazen.. xpela, at least ada tempat berteduh kan..nnti usaha mencari umah akan diteruskan selepas ni.

Sebenarnya hati nak menangis.. xtau camna nak terangkan keadaan. Bukan memilih, tp mngkin juga nora blum terbiasa dgn keadaan d cna. owhh, doakan nora tabah menghadapi keadaan d cna k. Isnin ni da stat keja..pastu bulan mei ni, nazir dtg melawat sekolah. Rsnya bz la time tu. siap dgr nazir nak ber'kampung' kat sekolah tu..nampaknya blum apa2 keja da banyak..tgh imagine keadaan time tu.....

xperlah, hadapi segalanya dgn senyuman kan..k, la nnti ada masa nora borak lg..


Apr 18, 2009

Jauhnya tempat posting...:(

salam...

Agak lama x update blog. rindu pla.. sori, bz sgt skrg ni.. nak bgtau ni w/pun mngkin ada yang xnak tau. Tempat posting, nora kena kat SK PEKAN TELUPID, TELUPID. Bhgn Pra Sekolah...mcm nak nangis je bila dapat surat penempatan. Mmg nangis pun bila dpt surat tu. Tgk nama tempat je, airmata mengalir. Bagi nora tempat ni jauh. Xtau keadaan kat cna camna...tp agak bernasib baik dr kawan2 nora yg lain dpt posting kat sekolah2 yang luar bandar. ada yg kena naik bot, coz sekolah jauh ke pedalaman. Ada kawan2 nasihatkan makan ubat malaria. Telupid ada malaria ke??? ni la kalau punya kawan2 yg sgt prihatin. terima kasih banyak2... ye, nora ingat nasihat kalian itu..:)

Kelmarin buat medical Check-Up.. beberapa urusan suda hampir selesai. Hari isnin ni g sekolah. Lapor diri.. tunggu member bg inform samada nak naik bas je ke atau keta sendiri. Nak drive gak sendiri tp xkena izin....so, menumpang la jawabnyer...ehhehe..bagi terer dlu baru bawa keta sendiri nnti.

Lepas ni agaknya nora jarang dpt update blog lg. tp nora janji, bila ada masa terluang, nora update.... k,la nnti ada nora update lg. pasni ada nak buat lg..mak suruh beli barang...

nota kaki : sy rindu kalian...

Apr 13, 2009

Di saat ini...

Salam...

Jap lg sy nak bersiap2 da..ari ni naik teksi je.. yela ari ni kena lapor diri tp masih sempat singgah tempat keja lama..k, nnti nora update lg pasni..



nota kaki : ada untie td sangka umurku 21st...hahhaha..WALAUPUN...
:p

Apr 11, 2009

Menjawab Tag Dari Kizzy - Pja - Sue

1.Bekas kekasih saya adalah
= lelaki yang mngajar erti cinta kepada sy. Mengenalinya membuatkan sy rs pelbagai rs..kadang2 jd bodoh juga sbb CINTA..huh!!!

2.Saya sedang mendengar
= jari2 sy mengetuk keyboard ni..d samping kipas yg berputar..

3.Mungkin saya patut
= berehat dlu kerana keadaan badan yg kureng enak ini..kebarangkalian utk demam selesema ada tinggi selepas ini..

4.Saya suka
= macam2...yg pasti sy suka bila org d sekitar sy rs happy bila berkawan dgn sy..

5.Sahabat-sahabat baik saya
= adalah org2 yg sangat memahami sy. mereka jarang bersama, namun sering mberi semangat dan sokongan.

6.Saya tak paham
= mcm2 hal terjadi skrg..apatah lg bila sedang skt

7.Saya kehilangan
= suara...huhu..semakin serak.. rock babe!!

8.Ramai yang berkata
= sy ni nampak muda dr usia..hehe, bak kata pija x mcm umur 27 tu..

9.Makna nama saya
= Cahaya keasyikkan..:)

10.Cinta itu adalah
= subjektif tp indah..

11.Di suatu tempat, seseorang sedang
= bekerja keras..hahhaha...

12.Saya akan cuba
= utk merehatkan diri selepas balik keja ni.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud
= ABADI

14.Telefon bimbit saya
= Wrna merun..jenama samsung..kecik tp comel.

15.Bila saya terjaga dari tidur
= sy akan cuba utk pejamkan mata supaya mimpi indah sy bersambung semula...

16.Saya paling meluat apabila
= tgk perempuan tergedik2 ngn laki...sy pun naik malu sbb jantina sy juga PEREMPUAN

17.Pesta/Parti adalah
= Tempat yg ramai sgt org. malas nak join sama!!!

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
= hmm...paling comel??? hmm...anak arnab yg da tumbuh bulu dgn lebatnya tp still nak manja2 lg..

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
= semuanya. dr sy bayi hinggalah dewasa skrg. Setiap peringkat umur tu sy mempelajari sesuatu yg berhrga..

20.Hari ini
= Kepala sy tgh pening2 lalat sbb br lepas makan ubat..

21.Malam ini saya akan
= tido awal

22.Esok pula saya akan
= blum ada sebarang aktiviti lg

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
= saya nampak jerawat lg...aduhhh...!!

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan
= saya mahu pergi arked permainan..

26.Makanan Barat atau Jepun
= bole x klu xpilih barat atau jepun??? tekak sy masakan org melayu..heheh

27.Bilik yang terang atau gelap
= depends la.. kalau masa nak tidur saya mahu gelap.. kalau siang saya mahu yang terang.. :)

28.Makanan segera adalah
= bread & maggie

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
= soriiiii....len kali k..x dpt join kepala tgh 'ting tong' heheh...

30.Siapa yang anda nak Tag?
kebanyakkan da kena tag..fikir dlu..ok, sila lihat senarai d bawah:

1. abot
2. kak ling2
3. rina
4. bunga
5. semua yg singgah d blog sy ini...

Last Day

Salam...

Hari ni sy last keja d tempat lama sy ni. Thx kepada semua pihak yg memberi peluang kepada sy menimba pengalaman sepanjang bekerja d cni selama hampir 3thn setengah. Terus terang berbagai cabaran yg sy temui sepanjang bekerja d cni. Dan perkara2 tersebut lebih mematangkan sy utk menempuh hari2 yg berikutnya.

Maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang sy bekerja d cni.. Segala kerjasama yg diberikan selama ni sgt sy hargai dan di kenang selamanya. Insyaallah..

Apr 9, 2009

grgghjhhh!!!!!

kenapala pos malaysia kat tempt sy ni lembab sgt?????!!! kita da tunggu berjam2..tp urusan tak selesai.. geram jugalah. pegawai kat kaunter pun x tau nak bg penjelasan supaya kita ni org awam tak menunggu lama sgt. bila fikir2 td mcm buang masa la sgt2 berurusan kat Pos Malaysia ni..last minit da baru nak kata urusniaga da tutup...yg terconggok je td sy kat dpn dia dr td, tnya perlu ambik no ke lagi utk urusan ni..menjawab ye..kan lebih elok abiskan ayat terus..." ye dik, kena ambik no. tp utk urusan adik skrg, akak rs xsempat da..." jd, sy boleh fikir lebih baik balik terus..apapun sgt geram masa sy abis dgn sia2...!!!!

nota kaki: cuaca panas, sepanas ati ku..huh!!!

Apr 8, 2009

My Aura...

Your Aura is Blue
Spiritual and calm, you tend to live a quiet but enriching life.
You are very giving of yourself. And it's hard for you to let go of relationships.

The purpose of your life: showing love to other people

Famous blues include: Angelina Jolie, the Dali Lama, Oprah

Careers for you to try: Psychic, Peace Corps Volunteer, Counselor

Klik kat CNI je..
thx KAK DILA, dpt ilham dr blog akak pasal ni.

maklumlah tgh free2 kan td..men terjah2 blog org. Nampak link ni kat tempat kak diela. try la..jawab2 soalan. hmm, jawab betul2..br tau jawapannya..bila da submit, aura nora sama ngan aura kat diela... yer, bila kita da kenal org tu, da syg org tu, kita akan syg selamanya. Anda bagaimana???

Apr 4, 2009

CABARAN BARU..!!!

Salam...

Dalam mnggu2 terakhir bekerja d tempat lama ni buat nora sgt bz. Byk nak settle kan sblm melangkah pergi meninggalkan keja lama. Keja baru sedang menanti..:) syukur alhamdulillah, akhirnya dpt juga mnjawat jawatan awam. Actually nora lebih suka, sbb lebih tetap jawatan sbg penjawat awam ni. Tp ada perasaan sedih gak meninggalkan tempat keja lama..

Lapor diri pada 13 April 2009 ni. 3 hari ada orientasi n taklimat..tempat penginapan, makan minum semua d tanggung...harus bersedia mnempuh cabaran baru lepas ni..

Apr 1, 2009

Pasal KUNING lg..

Salam...

Hari ni citer pasal citer kelmarin. Pasal kucing nora, kuning..sebelum tu nak ucapkan terima kasih banyak2 sbb bg cadangan dan pendapat demi kesihatan dan kesembuhan Kuning.. Tp xtau nak kata apa ari ni sbb pagi td keadaan Kuning tambah teruk. Smlm pas makan, kuning b*r*k darah.. kat najisnya bercampur darah. W/pun geli nak bersihkan tp rs kesian yg amat.

Dan pagi ni sekali lg hati tersentuh tgk keadaan kuning. Rs mcm nak nangis je tgk Kuning. Mmg sy agak sensitif dgn hal2 mcm ni. xtau nak buat camna lg...usaha utk mnyembuhkannya sentiasa ada. tp bila tgk keadaan kuning, mcm xsampai ati nak tgk kuning lg terseksa mnanggung sakit dia..

Notakaki: airmata hampir menitis tgk kuning terbaring lemah...

Mar 31, 2009

Owh!!! kesiannya...:( - Kuning

salam...


Pasal my cat, ( kuning ) sakit...xnak makan, minum...sy da bawa p klinik haiwan, nak kena suntik ubat, da bg makan ubat..tp semua x berubah.

pagi td, sblm sy nak p keja, kuning baring kat atas kasut mak..landing..ingt da mati, sy panggil2 nama kuning..tetiba kuning buka mata..mngiau kat sy. kata ayah, kemungkinan besar dia termakan racun...racun tikus..beberapa hari yg lepas, kuning muntah. byk sgt muntahnya pastu muntah kuning wrna dan bentuk yg lain. dlm ati mngiyakan kata2 ayah. Mungkin Kuning termakan racun...

Owhh, xtau nak buat apa da skrg ni. badan kuning semakin ari semakin kurus..sedih n kesian stp kali nampak kuning...xper, sy akan bawa dia p jumpa doktor haiwan lg..tp klu btl dia nak mati da..sy redha..tp sbnrY kami mcm berat hati nak lepaskan kuning. Kuning da lama bersama kami sekeluarga. Seekor kucing jantan yg sgt manja dan pemalu...rindu saat2 kuning masih sihat.Saya nekad akan cuba sembuhkan kuning...mesti!!! harus!!!!

Notakaki : Kuning kena kuat...Kuning kena sembuh!!!

Mar 30, 2009

Earth Hour

Salam...

28hb yg lepas, sy dan family menyahut kempen 'Earth Hour'- memerangi kepanasan global. Bermula dari 8.30pm - 9.30pm.. Sepanjang Earth Hour ni, kami berjaya mengurangi penggunaan elektrik. Hampir 1 kawasan perumahan tempat sy menyahut kempen ni. Tp ada juga kediaman yg terang benderang, xtaula mereka tau atau x kempen ni atau mungkin juga buat2 xtau. Tp yg pasti sy adalah orng yang peka dgn sekeliling...:)

Mar 28, 2009

BERLIBUR DI HARI SABTU..

Dapat award dr Cik Lynn @ Abot.. thx darlink ur cute award ni...

tapi...hmm, ko ada masalah ke?? citerla klu ko tak kisah.. sy baca blog ko update pasal SEPI la, SEDIH,KECEWA... napa ni?? ko kawan sy yg sy kenal selalunya ceria...xpernah mcm ni..

oh ya, my fren ada tawarkan keje sbg guru tadika. Minat juga. tp dia xsure ada EPF ke xder..maklumla swasta kan.. makn minum semua di tanggung termasuk tempat tinggal. Ble OT lg d ujung minggu. mcm best kan sbb dlu sy pernah jadi guru sandaran. Then klu dpt balik keja jadi guru, e..mmg sgt2 suka. tnggu perkembangn selanjutnyer...

skrg ni time free..dpn ada pc tgkla youtube. citer korea lg. ' THE SNOW QUEEN '. xder translate malay/english.. sebaliknya translate dlm bahasa Sepanyol..hahahaha...so, pura2 faham le dr bahasa korea tu..tp mmg sedih citer ni...uoahhh!!! sbnrY dr bahasa korea ni, sedikit sebanyak sy da faham..takla terer nak bercakap, cuma agak sedikit mngerti..:p

Hmm..actually tajuk entry xda kaitan dgn entry yg sy post ari ni...heheheh..

Mar 23, 2009

JERAWAT = XNAK!!! BEKAS JERAWAT = LAGI XNAK!!!!!!!!!!!!!!!

salam..

hai nk tnya korang ni, camne eik nak hilangkan bekas2 jerawat kat pipi ni?? jenuh da.. xbyk tp ada la skit yg wat kiter sakit ati je bila nampak kesan jerawat tu... nak ber'photo'2 jg segan kerana ia akan sedikit kelihatan...:(
jeles la tgk wajah2 ayu lagi jelita tanpa ada bekas jerawat yg mng'hodoh'kan wajah. cmner eik? bgla idea..huhuhu... idea yg bernas lg berkesan okay..bukan yg melingkupkan..:P

Mar 21, 2009

ALASAN LAMBAT MASUK KEJE KE NI???

salam...

hari ni nora lambat masuk opis ..L-A-M-B-A-T okayyy... oh ye, kiter mmg keje ari sabtu sbb stp jumaat kita holiday..keje ari sabtu pun bukan halfday, penuh sampai jam 5pm br ble balik. adeh!!!!xpayah tnya napa, sbb mmg camtu la yg KOMMS da tetapkan.oh ya,pagi td p workshop sbb keta meragam..xble stat la, ada masalah bateri.. ayah pla kena g kenduri kat Lohan. dia jadi tukang2 masak bersama kengkawannya. huh, terpaksalah td g workshop. buat services kat perodua, jln Kilimu. Rupanya bnyk lagi masalah lain. Selain bateri, padbreak pn kena tukar..melayang RM200 bln ni. x termasuk bateri lagi tu sbb bateri abis stock. kena stanby lgi ni..next week kena kuarkan duit la lagi utk keta. tu keta mak, klu keta sendiri, msti da botak. nak cekau duit mana klu tgh2 bulan camni? lu fikirla sendiri kata Nabil. nora jd driver je..:)

Banyaknyer keta ari ni.xterkira rasanya Pastu da alang2 mak pla minta teman g jumpa kawan dia. Nak antar barang. last2 sy masuk keja da jam 2.00 pm. lagak macam bos je. heheheh...maaf bos..

Nota Kaki : Kepala naik sakit da ni sbb cuaca x Ok sgt skrg. Sori x sempat nak snap2
gambar td..
M-A-L-A-S = MALAS.. :p

Mar 20, 2009

AKU STACY!!!

salam...

poster & cd ( album terbaru Stacy )

hai,

smlm nora g tgk konsert stacy..hehe, ramai btl org time tu. xkisah nak p tgk gak..nasib baik mak sporting ikut sekali teman kitaorang p tgk konsert stacy.. untung la Stacy & Pihak Maestro sbb selain konsert, pihak maestro juga nak mempromosikan album terbaru Stacy..mmg best n gempak. Ligat btl stacy mcm tak reti penat..klu nora agaknya da lama pengsan.!! ahahha..

cute*

Nota kaki : Bodyguard Stacy mcm hampeh!!!!

Mar 19, 2009

SAYA NAK BERCERITA

salam...

hi, ari ni nora nak kongsi citer. Tdi view2 kat Youtube nampak satu video klip korea. xtau tajuk pe lagu tu.. sedih la lagu tu.kira kisah cinta yang tak kesampaian. korang imagine la..

citer nyer camni " ada satu pasangan ni, bercinta. lelaki ni da luahkan perasaan. da melamar pmpuan ni utk jadi suri di hati. satu hari, doktor sahkan lelaki ni mngidap sejenis penyakit. kanser mata kot coz doktor tunjukkan laporan x-ray bahagian kepala yg meliputi mata. kebetulan juga lelaki ni buat rawatan mata sbb penglihatannya makin hari semakin kabur. Dan doktor memberitahu bahawa dia akan buta disebabkan penyakit itu. sebelum matanya buta, lelaki td da ambik keputusan nak tinggal kan gf nyer..wuhooo, pmpuan ni nangis. xtau sebab pe bf dia tnggalkan dia..

berlalu sudah kisah cinta xkesampaian mereka. pmpuan td akhirnya berkahwin dgn lelaki lain. dan paling mengejutkan x-bfnyer dtg hadiri majlis perkahwinannya. Bekas bf dia hanya berdiri, memandang tepat ke arah pengantin pmpuan ( x-gf ). Pmpuan ni kontrol perasaan la. padahal air mata da mengalir. adalah part2 kenangan mereka bersama kena flash back...tetiba lelaki ni tersenyum dan tinggalkan majlis pmpuan tu. Pompuan ni, tanpa mempedulikan lagi tetamu, terus lari kejar x-bfnyer. konon2 nak tnya kenapa lelaki tu tinggalkan dia mcm tu je dlu. Bila da jumpa x-bfnyer ni, pmpuan tu terkedu, sbb lelaki tu tak bercakap sepatah pun ngn dia.. lagi satu, mata lelaki tu pandang 1 arah je. pandangan yg tidak mempunyai makna. disamping lelaki tu ada seekor anjing. mana anjing tu pergi, lelaki tu ikut. dan anjing tu mcm tau, pmpuan tu x-gf tuannya..dan d snilah baru pmpuan ni tau, yg lelaki tu tinggalkan dia sbb lelaki tu xnak gfnyer kecewa dan derita bila tau yg dia akan buta. tnpa ada pngucapan, lelaki td pergi tnpa sepatah kata..dan dia menangis kesedihan. Hanya d hati mereka boleh menyelam kasih bhawa antara mereka sememangnya ada cinta. Namun cinta mereka tidak mungkin menyatu".


-END-

xtaula napa tetiba jiwang petang2 camni..hikhikhik...


Mar 18, 2009

JOM LAYAN LAGU NI...

Klik kat cni..
http://www.youtube.com/watch?v=BRjkC_OKoRo&NR=1


Dan Sebenarnya - YUNA


Oh bulan, enggan melayan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
mula menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi..........
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh
dan sebenarnya...
aku rindu......
dan sebenarnya....
dan sebenarnya....
aku tak mampu...

layan lagu ni best!! pernah dgr lagu ni dlu, tp xpasti sapa penyanyinya..tp bila CT AISYAH-AF7 nyanyi lagu ni, sy pun terus search kat Youtube..lagu ni sgt slow, tp menenangkan. Diiringi dgn petikan2 gitar.. Cuma soalannya, napa penyanyi asalnya mcm tak famous je?..


Nota Kaki : Meh relax jap...

Terima Award....

Thx cik pija atas pemberian award ni...berdebar jantung td bila dgr bunyi drum yg d palu ketika nama diumumkan menerima award ni..hahahha..skema!!!!


Dan dengan ini, sy juga ingin berkongsi award ni dgn other sisters yang tersenarai namanya seperti di bawah..

( Di iringi dgn bunyi drum ) nama yang tersebut ialah:,

1. Sue
2. Ailynn
3. Rina
4. Kak Rien
5. Cik Bunga

Dipersilakan naik ke pentas utk menerima anugerah ni..:)

Mar 17, 2009

JANGAN MEMENDAM

Sekarang ni waktu rehat pejabat. Sambil2 tunggu memel tuk makan bersama, sy tertarik utk membaca buku hasil karya Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj - Membina Hati Bahagia.. Sangat tertarik dgn tajuk kecilnya "Apapun, Jangan Pendam ".

Ada kebenaran dari setiap hasil nukilannya. Saya gemar membacanya selain utk menambahkan motivasi diri dr segi luaran dan dalaman. Secara amnya, majoriti rakyat kita gemar memendam perasaan berbanding meluahkannya.Memendam itu membuktikan kesabaran. Namun sampai bila ianya akan bertahan? Menurut Dr Tuah, "memendam perasaan itu ibarat memasang bom jangka. Ia hanya menanti detik yang telah ditetapkan utk meletup, tetapi memendam perasaan mungkin lebih cepat lagi. Memendam rasa, baik yang elok mahupun tidak, semuanya pasti meletup. Yang diperam pasti masak, yang direbus pasti mendidih, dan yang ditanak pasti menjadi bubur".

Ada kebenaran kan dari kata2nya? mengapa mesti memendam? mngapa tidak diluahkan saja agar beban di hati menjadi ringan. Ringankanlah bibir mengungkap kasih, syg, maaf pada yg berkenaan. Selagi ada masa mngapa perlu kita mempersiakan? atau perlukan kita menanti hari2 baik, bulan baik, baru meluahkan perasaan yg terpendam itu??

Sebenarnya saya juga kadang2 tidak lari dari sikap suka memendam perasaan. Tidak kirala benda itu baik atau sebaliknya.. lebih elok jika sy belajar memberanikan diri meluahkannya agar beban di hati mnjadi ringan, dan hidup mencapai kebahagiaan kerana sewaktu membaca buku ni pun, sy juga sedang memendam perasaan.

Sebenarnya banyak lagi bab2 dalam buku Membina Hati Bahagia ni.klu ada kesempatan bacalah. penuh dengan pelbagai motivasi diri.

Nota Kaki : Dunia ini hanyalah 3 hari: hari yang telah berlalu, maka tidak ada lagi kesempatan ditanganmu dari hari tersebut. Hari esok yang tidak dapat mengetahuinya, entahkan dapat menemuinya ataupun tidak. Dan hari pada saat kamu berada di dalamnya. Oleh itu, pergunakanlah dengan sebaik-baiknya. - ( Nabi Isa a.s )