Mutiara kata

Apr 29, 2010

DULU HATI INI MASIH SYG KAMU..TP KINI...LUPAKANLAH!!!!

dulu...hati saya pernah dekat dgn kamu..pernah wujud satu perasaan sayang dan hormat..tp kini segalanya telah berlalu..mana mngkin utk saya menerima kembali kehadiran kamu. cukup sudah derita luka dijiwa ini bila kamu khianati perasaan ini...

arghh..saya ingin lupakan segalanya berkaitan kamu..telah saya jelaskan segalanya, tp mengapa sampai skrg kamu masih berlagak seolah2 hati saya milik kamu??? pergi lah kamu dr hidup saya kerna saya xmungkin akan kembali padamu seperti dahulu..

BISNES SAMPINGAN

Sekarang ni saya buat bisnes sampingan wit my fren Lynda..jual shawl..tlg dia jd supplier..w/pun bz tp i'll try best...saya pun nak tambah pendapatan sedikit..cuma material nak dpt tu, payah skit. so, kena cari betul. so far, setakat ni okla..ramai gak berminat. sbb material mmg xrugi dr segi kualiti.

mnggu ni xbalik rumah. actually, sebelum ni, tiap2 mnggu saya akan balik rumah. dalam hati saya ni sangat rindu dgn suasana ranau...tp nak jimatkan belanja dlm sebulan. banyak nak guna duit skrg ni...sometimes, susah sgt nak kumpul duit, tp dlm masa yg sama, senang je duit mengalir macam air je. sedar2, duit dlm tgn da xseberapa..mngkin sbb saya ni d kategori kan dlm shoppaholic. sebab tu duit ble habis jap je...susahnya bila da mcm ni. tp sy tak la kronik sgt. masih ble tahan 'perasaan' tu. yg penting mata ni kena jaga...huhu

Apr 26, 2010

SALAM BUAT SEMUA TEMAN2 BLOGGER..

salam...

Da lama saya xjenguk blog ni..sampai bersawang dgn teruk..lalu semalam saya tergerak nak buka semula blog ni..bersihkan sawang2 yang ada. kemudian malam ni mula menghias paparan blog saya ni.

maaf, sbnrnya saya sengaja mendiamkan diri dr memblog..atas sebab2 tertentu. sebab saya ingin cari ketenangan...tahun 2009 cukup membawa byk kekecewaan pada saya. saya dikhianati..saya ingin cari ketenangan tu semula...dan 2010 ini saya cuba bangkit dr rasa kecewa itu...

ramai xtau..sy pernah punya ada 1hubungan..yg mana sekiranya d baja dengan kejujuran, kesetiaan, sampai ke jinjang pelamin. tp kini, saya kadang2 suda tak terfikirkan utk BERTUNANG & BERKAHWIN..luka hati saya ni masih berbekas..cukup hebat dugaan yg saya rasakan ini. betapa saya cuba utk melindunginya pada awalnya..tp hakikatnya saya tak berjaya..saya kalah..kalah pada perasaan kecewa ini..

Allah itu Maha Mengetahui. DIA tunjukkan saya kebenaran..lalu hati saya cekal dan berani utk menghadapinya. hubungan saya bersama dia, saya putuskan.. mula2 mmg sakit. sakit sgt. sampai saya jatuh sakit...berat badan turun..tp sampai bila sy harus begini, lalu dgn sedikit sisa kekuatan dan semangat yg kuat dr family dan teman2 rapat, saya cuba bangkit dari rs kekecewaan ini..bangkit dr rsa kesedihan.. dan hikmahnya kini, syukur alhamdulillah saya gembira melalui hari2 saya yg mendatang. bersama family, juga teman2 rapat yg xpernah rs bosan menemani hidup saya..terima kasih semua..

kalian semua, teman2 blogger terima kasih sudi mndengar rintihan hati ini. doakan yg terbaik buat saya.. sy xminta banyak, hanya sekadar doa tulus ikhlas dr korang semua..hidup saya ceria kerna punya teman2 sehebat kalian..!!!

Dec 16, 2009

Yang terbaik...

ku selalu memikirkan tentang kita,
apa punya harapan yang dikejar,
kerna aku masih penuh rasa ragu..
melihat kau seperti tak bersungguh...
Jika kau mencinta,
berikanlah kurasa
Diriku da berikan yang terbaik,
dan bukannya nak mngungkit,
siapa benar siapa salah,
siapa menang siapa kalah...
Dah berikan yang terbaik,
memaksa hati merisik,
mungkin kau bukan teman hidup,
yang terbaik utk ku......
hmm...ada makna disebalik bait2 lirik lagu ni...sedih!!!

Dec 13, 2009

hati tak keruan...

salam...

Xtau napa sejak akhir2 ni, nora sering terfikirkan masa depan nora mcmana?? huh, takut keputusan yang nora buat ni akan mnyebabkan org terluka. nora da nekad. mencari bahagia sendiri. selama ni, bahagia ka aku??? sering cuba memuaskan hati org lain sehingga hati sendiri sering terluka..

kata seseorang itu, "nora ni penyayang. terlalu menyayangi org sehingga hati sendiri sering di lukai. nora yang teristimewa"...benarka?? nora xpasti. org yang mampu menilainya. teman2 yang begitu dekat dgn nora ble menilainya...

nora da cuba buat yang terbaik dalam kehidupan nora. selama 5 thn nora menunggu, dan terus menunggu..hasilnya tetap sama. bkn nora yang tak usaha. pelbagai cara nora da usaha. sehingga kini keadaan masih sama... berat utk nora buat keputusan ni.. nora tau perlu cari kekuatan dan semangat utk hadapi segalanya. tapi mampu ka nora???melepaskan org yg satu ketika dlu pernah bertaktha dalam hati ni.

bila difikir kembali, mana tujuan hidup ni?? mana tujuan hubungan ni?? hakikat kehidupan yang sgt mencabar. perlu ka nora utk memberinya sekali lagi peluang utk membuktikan yg dia mampu?? terasa airmata ingin mengalir, deras tp senyap di dlm hati.nora tak mampu utk membuka mulut utk memberikan keputusan ni padanya.

nora senyap, bkn bermakna nora tak pernah ingat padanya..ya allah, berikanlah aku petunjuk utk membuat keputusan ini..

Dec 5, 2009

Induksi

salam...

lama da nora xupdate. bz skit. nora ada kursus induksi. 10 hari. dari 30 nov - 10 dec. huhu lama kan...tp niat kerana allah. induksi ni salah satu drpd proses pengesahan jawatan.

siang td program kami sesi kaunseling dan motivasi. best. slot mcm ni yg kadang2 mendatangkan keinsafan kami. terasa rindu dgn mak ayah n adik2..

lepas induksi ni, nora da set kat minda nak berubah dr segala aspek diri. cuba utk cari lebih keyakinan diri..nora sebenarnya tak xpunya kenyakinan diri. kadang2 sering rasa rendah diri. tp nora cuba utk jadi yang terbaik. mulai sekarang xnak fikir benda2 yang mnyerabutkan fikiran. nak enjoy dgn kehidupan ni. hidup ni manis kalau kita sulami dgn kegembiraan. senyumlah walaupun ketika itu hati kita sedang terluka...

skrg ni PENGUCAPAN UMUM. giliran nora da lepas td. huh, lega...hahhah..betapa gementarnya perasaan bila berucap dihadapan. biasala klu xbrp biasa kan...hihi lucu juga. tp biarla. janji lulus...

buat pija, slmt pengantin baru. semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. sori tak dpt dtg. jadual penuh. asalnya nak balik ari ni semata2 nak attend majlis pija, tp xkesampaian. xperla ye pija. ambik gambar banyak2 nnti nak tgk. kak diela ada dtg x?

k,la..nnti ada masa lagi nora tulis lg...

Nov 27, 2009

Salam Aidil Adha...

salam aidil adha buat semua...

hmmm...ari ni sbnrnya nora sgt merindui seseorang...seorng yang pernah menjadi teman.. bertahun2 berkawan namun tetiba kini menyepi...xtau kemana menghilangnya dia. xtau kemana harus nora mncari dirinya..

td jumpa balik surat2 yang pernah mnjadi penghubung kami. semua masih nora simpan. gambar yg dia beri masih tersimpan dgn baik. last berhubung 2004. lepas tu langsung xdgr khabar sampai skrg. tp kenangan itu masih ada. masih hadir dlm kotak kenangan.

owh, nora berdoa semoga Allah ketemukan kami kembali walau dalam apa jua keadaan sekali pun.Insyaallah... tak pernah sedetik pun ingatan ni pudar. Dia bukan kekasih, tp sahabat, kawan yg memahami. penuh ilmiah dan pemahaman ketika bersamanya... dia yang nora panggil ABG..Selayak dgn usia yang 5thn tua dr usia nora..namun tidak pernah jemu memberi nasihat..mendgr segala masalah.

ya, mmg hati ni rindunya..semoga kerinduan ini sampai padanya..insyaallah...

Sep 19, 2009

Salam lebaran

Pejam, celik xsedar raya semakin hampir. mungkin esok, lusa raya da. tahun ni nora tak banyak sgt prepare. ala kadar je sambutan. Kuih raya beli kuih 'tunjuk2'. xda masa langsung nak tempah atau buat..huhu.. baju raya juga sepasang je. xperla, janji beraya.

Sepanjang bulan posa ni mmg tersangatla bznya. Nak urus rumah, kedai, diri sendiri, kelengkapan beraya..kengkadang letih gak.. tp da itu tanggungjawab kita. kena terimala.

Dikesempatan ini juga, nora ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri. Nora minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur kata, tergurau yg mnyakitkan, dan apa2 je la yang ble menguriskan hati, nora mohon kemaafan. semoga raya tahun ni memberi seribu makna kepada kita semua Insyaallah.

Salam Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Sep 6, 2009

A.B.C = Air Batu Campur

salam...

sori..rsY da terlalu lama xupdate blog. Rindu nak update tp nora tak punya masa yang banyak nak meng'akses' internet. huhu.. tp ari ni punya kesempatan utk mengupdate blog...

mcm2 hal dlm bulan ramadhan ni. semalam berbuka posa kat luar. teringin sgt nak rasa ABC ni. pesan kat mamat tu.

pelayan : da order?
nora : blum
pelayan : cik nak order apa?
nora : ABC satu!
pelayan : ?????
nora : A.B.C
pelayan : ??????
nora : A.B.C = Air Batu Campur
pelayan : owhhh!!! ok..

huhu, dia tak faham ke ABC tu air batu campur. patutla muka naik 'blank' ala2 konfius org kata..hahhaha...pelik!!!! mcm nak pengsan!!!

tp hampeh, bila sampai ABC tu..ada ais yg tak terkisar d masukkan sekali. apasal drg ni malas sgt nak kisar ais tu??? tp mcm rugi je bayar sbb ABC tu kosong.ABC special konon. yg ada cuma ais yg berkisar + tak berkisar, isi yg kurang ( mcm nak jimat sgt )..sbnrY kecewala sbb apa yg d idamkan tak spt apa yg dharapkan.. ahaks!!!! dan harga yg diberikan mcm xsenilai dgn yg kita order..

moral: dlm bulan penuh keberkatan ni, jgnla terlalu kedekut!!!!

Aug 12, 2009

12.08.2009

salam...

baru je pas exm JPA td. wish me luck!!!

Aug 5, 2009

Bila sakit....

salam....

sakit itu penghapus dosa2 kecil. nora baru je beransur pulih dr sakit. syukur takda apa perlu d risaukan...

Jul 25, 2009

doakan kami..

salam...

hari ni rs sedikit penat..tp kena semangat. kena keja lebih keras pasni. kami da ada kedai da..huhu, semakin bz lepas ni. byk nak kena settle kan. nak buat deco utk hiasan kedai sekali utk jualan. rsY bulan ni akan semakin bz.. terpaksa kurangkan aktiviti berhibur...

material kena cukup.. mcm ni la klu bisness baru nak membangun. sorry, nora blum sempat nak snap kedai kitaorang sbb masih dlm proses sekarang ni. nnti bila da semuanya ready, da ok, da lengkap br nora snap letak kat cni...

doakan kami berjaya harungi cabaran ni ye...

Jul 22, 2009

hari sabtu, kelas ganti

salam...

hi da lama rsnya nora xupdate blog. sgt takda masa sekarang ni. huhu...ari sabtu kelas ganti...ergghhh..sgt tak suka sebenarnya tp menurut perintah je. xtau la camna plan ujung minggu ni sbb nora xnak berada kt cni ujung minggu ni. klu xjadi ke sandakan, nora nak balik ranau. lgpun rindu kat mama, ayah, anong, am serta 2 ekor kucing yg comel, K n CT..xkira apa pun yg jadi nora tetap xnak berada kat cni ujung mnggu..wah, bunyi mcm yakin je kan xnak berada kat cni bila ujung minggu..hahhaha..

Jul 3, 2009

BEKU????

Apa lagi hendak ku katakan bila hati sudah BEKU????

~beli je hati ayam beku..masak goreng kering..pastu buat belacan ulam jantung pisang...



Jul 2, 2009

Kangen sama sepa dong??!!!

salam...

terasa lama sgt da xupdate blog ni...rindu!!! sori,bkn xda idea, namun masa yg kurang mncukupi. balik umah(ranau) - bisnes - rehat - balik keja ( telupid )...huhu, kadang2 terasa juga letihnya badan namun kena gagahkan jua..cheh..kunun2 seorang gadis yg mnjangkau usia wanita yg punya cita2 dan angan2 setinggi langit...

saat ini, terasa nyaman saja. air anggur nora teguk sambil jejari ini menaip keyboard...kata td banyak nak citer, tp xtau yg mana 1 nak kena citer. ari ni mood ok je. smlm xok. xtau napa. sampai umah, lepak2 ngan kazen. pstu awal mlm jam 8 da ngorok dlm bilik. sedar jam 1 pg, kunun2 nak p tgk tv..bila buka pntu bilik dgr kazen tgh tgk bola...arhggg..masuk balik blk, smbung tdo lg w/pun mimpi tak indah..:))

pernah tgk x THE BIGGEST LOSSER??? sapa pernah tgk pasti tau rancangan realiti tu.. jam 7mlm ( isnin-jumaat) channel 702. bagi mereka yang bertubuh besar, obersiti..utk mnguruskan badan bukan dgn menelan pil, membuat pemedahan pembuangan lemak, dan sebagainya yang ble mendatangkan risiko tp melalui senaman2 sihat. cara pemakanan yang betul bagi mengurangkan kadar kolestrol dlm badan.

iya, utk cantik semua org terasa teruja. tp yang perlu kita tau, utk mendapatkan tubuh yg cantik dan ideal bknnya melalui jalan2 singkat yang mendatangkan risiko tubuh sebaliknya lakukanlah senaman yang kosisten setiap hari...

rsnya kena stop dlu utk ari ni. kat luar, langit da mendung. tanda hujan akan turun sebentar lagi. nora nak out dlu..nnti ada masa, nora sambung blog...kepada pija, banyakkan rehat. semoga cpt sembuh. buat adik iqah d ukm tu...lenkali ati2 bila bermain. tgk kaki da terseliuh....

p/s: tajuk entry- aku sbnrY kangen pada semua..

Jun 10, 2009

lot parking tu,ko hambikla. aku pun xhingin!!!!!!

salam...

hi, nora baru je sampai ni...penat pun tak abis. tapi x dpt tanding rs kesal, marah dlm hati ni. citernya camni. pagi td sblm g keja, nora cam biasa check2 keta. ala, simple2 je check sbb nak jalan jauh kan ari ni. ayah pesan supaya check kenderaan bila nak jln jauh..masa tu xsedar tayar sebelah kiri hadapan pancit. tp heran apasal keta cam senget sebelah. bila toleh ke arah tayar keta, "alamak!!!!! tayar kempis". owh, xtau nak buat apa. time tu gelabah sgt sbb xda pengalaman nak tukar tayar keta. nasib baik time tu ada pkcik yg baik ati menegur lalu tanpa segan nora meminta pertolongan drnya. tukar la dgn tayar spare kat bonet keta belakang..

nak d jadikan citer, dlm kepala dok fikir, napa tetiba tayar ble pancit, adakah terpijak paku, benda2 tajam kelmarin??? atau adakah kurang angin. tp klu kurang angin, br je nora pam tayar tu. so, mcm tak logik pla. fikir yg baik2. tayar pancit terpijak benda tajam kot time p keja. yelah, fikir yang baik2 kan. tp terdetik jg d hati,mayB budak nakal yg punya angkara.

sampai kat workshop, tayar yg pancit tu 'abg mekanik' tlg check kan apa yg xkena. yela, kot bocor, ble tampal je. tayar baru tu. bunga masih penuh. lgpun nak guna tayar tu juga. tayar spare tak best sbb kecik sikit.. bila abg mekanik tu check kan, dia gtau OK. XDA BOCOR.CUMA KURANG ANGIN JE..see!!! xda bocor k. juz kurang angin.. owh, lupa nak gtau, pkcik baik ati tu nora bawa sekali tuk temankan g workshop. yelah, nora masih blum arif tempat tu. tempat org kan.

suda siap semua, nora pn jemput pakcik tu minum pagi. xperla lwt skit g keja. tanda ucapan terima kasih sbb tlg nora kan.lalu pakcik tu citerla, klu kes camtu,xlain x bukan keja budak2 nakal flat yg pancitkan tayar. hal ni biasa terjadi klu kita tersilap parking. hello...paking bnyk kosong kat flat tu. tempat nora selalu paking pun ada keta lain. so, nora park je la kat belakang keta yg paking tempat nora selalu paking. faham kan??? xsangka pla jd cmni. mak bapa cikgu, perangai mcm xda yg mendidik. bukan menuduh, tp pkcik tu kata sblm ni pn ada yg kena mcm tu.tempat yg sama nora paking keta tu la.da yg tayar kena cabut pastu d buang d padang sekolah. cabut tangki air bawah keta. mcm2 la...melampau sgt2 kan. bila d tegur, keta akan d guris dgn benda tajam...see, mcm xda otak je budak2 nakal tu. tegur salah, x tegur makin melampau. dan kali ni nora pla jadi mangsa. sy ni budak baru... pakcik tu tau sbb org lama kat cna. dr tahun 1987 dia kat cna. so, da masak benar dgn beberapa perangai penghuni flat tu.

mndengar je citer n penjelasan pakcik tu, rs sgtla marah.mcm tak percaya pun ada juga.da lah ari ni nora pn tak berapa sihat. da tu jadi camni lg. x adil la buat camni. paking keta tu milik awam kan. sapa2 ble paking keta. kenapa pla klu kita masuk paking keta org tu, org tu buat camni???? mmg rs marah. kecewa pun ada. xpatut la rsY buat camni.ni kes menganiaya.. aishh,kerana marah yg tersgt, nora xble nak buat apa2...cuma boleh membebel je dlm hati. hati sgt geram, mata cuma mampu mnangis je.. korang faham x rs ni bila kita sorang d tempat org, jadi benda2 camni?takut, risau, mcm2..xpela, apa yg jadi ari ni nora kenang selamanya. tempat paking tu, nora xkan letakkan lg keta kat cna. ambik la.. bg nora paking tu 'berpuaka'. org yg jadikan paking tu hak miliknya adalah org yg paling xtau malu. sbb apa nora cakap camni, sbb mana2 kenderaan lain yg paking kat tempat tu, msti jd 'mcm2'. cthY mcm keta nora tu la.

kita bukan membenci, bkn juga berdendam tp sikap segelintir penghuni flat buat nora rs kesal rupanya dlm ati mereka xpunya rs tolak ansur, hormat mnghormati..tp nora tabik spring sbb dlm masa yg sma masih ada juga yg membantu nora ari ni. "pakcik jamal,terima kasih tak terhingga sbb tlg nora ari ni."

buat mereka yg tak tau malu tu, nora juz nak cakap' helloooooo, lot parking tu bukan datok nenek ayah mak tiri ko yg sediakan. itu hak milik awam...maka, harus ada rs malu dan sedar diri!!!!" <-- kata2 ni hanya ble bergema dlm hati je. owhhh, bencinya!!!!!!!!!!!!!

Jun 3, 2009

biar jadi renungan

salam...

bertemu kembali. tadi nora tgk berita TV3. berita last sblm jam 9, sedikit sebanyak menyentuh perasaan. seorang perompak yang bersenjatakan kayu besbol ingin merompak sebuah kedai yg mana pemiliknya seorang warga pakistan. Hajat ingin merompak akhirnya melutut, menangis merayu apabila pemilik kedai mngeluarkan sepucuk senjata. rupanya perompak td ingin merompak kerana ahli keluarganya tidak makan sejak 4 minggu lalu.."bayangkan, lama xmakan. klu sehari ja kita xmkn, pasti perut da berkeroncong".

Kerana simpati, pemilik kedai memberikan wang sebanyak 40 dollar, dan sebuku roti. namun perompak melarikan diri bilamana pemilik kedai ingin memberinya susu. keadaan ini telah d rakam oleh kamera litarnya d kedai tersebut. " indahnya budi pekerti sedemikian rupa. penuh dgn rasa maaf, simpati dan ingin membantu"

kita sanggup berbuat apa saja demi keluarga. w/pun kadang2 menuntun rs 'mati'. kerana dek syg, apa jua sanggup d lakukan. bukanlah bermakna nora menyokong perompak itu merompak semata2 ingin memberikan rezeki buat keluarganya. mngkin keadaan yang sgt mendesak menyebabkan dia memberanikan diri melakukan sedemikian. Alangkah kesiannya dia sekiranya ketika kejadian itu, dia tertangkap. Bagaimana lagi nasib anak dan isteri yg berada d umah?? Namun banyak cara utk kita memberikan rezeki pada anak isteri kita. Kerja yang halal adalah sebaik-baiknya. Usaha walaupun payah.

berbalik pada citer pemilik kedai itu. seorang yg pemaaf, pemurah.nora selalu ingin membentuk rasa hati sedemikian rupa. penuh rasa maaf yg menggunung w/pun seseorang itu meninggalkan ia dengan penuh rasa kecewa yang mendalam. tp seringkali syaitan berbisik. dan hati jadi keras utk memaafkan. " ya allah, engkau lembutkan selalu hati ini. amin.."

boring tahap melampau..

salam...

di saat ini nora terasa lama benar masa berlalu...:(
mngkin tahap boring yg melampau..!!! bkn sbb apapun..tp sbb nak


BALIK UMAH!!!!!!!!

boring kat cni tau x??!!!..tau xper..nak balik umah juga..lagi 2hari pastu ble balik umah..

Jun 2, 2009

sendiri???

salam..

hari ni buat pertama kalinya nora drive sendiri keta dari ranau ke telupid..mmg jauh tp nasib baik ada teman..jelesla tgk kengkawan lain da cuti sekolah. kiter masih terkinja2 pegi keja. huhu..jeles!!! xperla, mnggu ke-2 cuti sekolah, nora da apply cuti. awal2 lg da apply cuti. harap diluluskan. tp biasanya mmg diluluskan pun..ekekekke...

perut da berkeroncong. baru teringat siang td juz makan maggie curry saja..minum susu+oat. huhu, da lapar...nak p masak apa yg ada dlu la...nnti nora sambung blog. actually, bila perut lapar, idea makin kurang..heehheh...

May 23, 2009

Kisah ditengah malam

salam..

ntah mengapa, mata masih xdapat lelap. lalu jari jemari menaip halus d atas keyboard laptop ni. saja sekadar utk berbasi-basi. Mngkin kerana kerinduan yang menebal utk mengupdate blog kesayangan ni..mata enggan pejam..serapat mana pun d tutup, masih sukar utk melenakan mata. mngkin kerana perasaan hati. Perasaan halus di dlam hati tnpa d ketahui maksud disebaliknya.mngkin hati ini sedang merindukan seseorang..

hakikatnya kita cuma bertemu di alam realiti dan bercinta di alam fantasi..kerna ku tahu blm ada jaminan bg diriku utk memilikimu...

dan di tengah malam ini keadaan semakin jiwang. hmm, sambung tdo balik la. harap bertemu di alam mimpi.. :)