Mutiara kata

Nov 26, 2011

13 Ciri Lelaki Yang Layak Dicintai..

Berikut adalah 13 ciri-ciri lelaki yang selayaknya seorang wanita pilih sebagai pelindungnya dan pemimpin hidupnya, lelaki yang layak dicintai!
13 ciri ini diatur mengikut perspektif seorang gadis Melayu beragama Islam khusus untuk panduan anda:
  1. Taat kepada Allah, taat pada ajaran Rasul.
  2. Mahir membaca Al-Quran dengan lancar, hafal surah-surah asas dan doa-doa asas, rajin membaca Al-Quran.
  3. Mempunyai pekerjaan tetap dan memiliki sumber pendapatan tetap.
  4. Suka menyeru orang lain kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  5. Ada sikap optimis – berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
  6. Bersih dari sebarang kemungkaran yang nampak dan tak nampak.
  7. Baik kata-katanya, cemerlang perilakunya, seorang lelaki yang jujur.
  8. Tak pernah tinggal yang wajib, rajin melaksanakan amalan sunat dalam beribadah.
  9. Berani menhadapi cercaan dan berani menghadapi orang yang mencela.
  10. Tahu, faham dan sanggup melaksanakan tanggungawab.
  11. Bersifat terbuka, pemaaf dan penyantun.
  12. Tenang air mukanya, waspada dan bijak dalam membuat keputusan.
  13. Jika dia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik.
“…Kalau setiap saat awk ingtkan ALLAH & setiap saat itu juga saya ingtkan ALLAH.. Bermakna waktu itu kita dah menjadi satu kerana mencintaiNYA yang Satu. Di situlah selayaknya hati kita bertemu…”
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.”
(HR. Tirmidzi)

Dalam diam mencintai, persiap diri menjadi yang layak dicintai olehnya :)
  • Saya cuma nak lelaki yang dapat bimbing saya ke jalanNYA..
  • Jadikan saya yang halal untuk diri dia..Tahu batas-batas sebelum saya jadi yang halal untuk dia..
  • Saya tak minta lebih, hormat saya sebagai wanita..
  • Biar umur muda, asalkan tahu fikir, mana baik, mana tak..tahu fikir, apa yang ditegah, apa yang di suruh..
  • sama je kan mcm ciri-ciri lelaki yang perempuan lain nak.hehe.. :)

 sumber: http://www.informasi.my/13-ciri-lelaki-yang-layak-dicintai/

Sep 29, 2011

Ketahui 5 PERINGATAN PENTING!!

Suatu hari, seorang lelaki datang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, " Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar melakukan maksiat. Tolong berikan aku nasihat. " Setelah mendengar perkataan tersebut, Ibrahim berkata, " Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, " Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, " Syarat pertama, Jika kamu kamu bermaksiat dgn Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu, dia mengenyitkan kening seraya berkata, " Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada dibumi ini rezeki Allah??"
" Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. " Kalau kamu sudah memahaminya, mngapa masih ingin memakan rezeki-Nya sedangkan kamu selalu berkeinginan untuk melanggar larangan-Nya?"

" Yang kedua, " kata Ibrahim, " Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! ". 
Syarat ini membuatkan lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, " Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?".  
" Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, " Kalau kamu mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat dilihat olehNya!".
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, " Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
" Ya, kalau yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan untuk melakukan maksiat?" Kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, " Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu melakukan amal soleh."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, " Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

" Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

" Baiklah, apa syarat kelima?"
Ibrahim pun menjawab, " Wahai Abdullah, sekiranya malaikat Zabaniah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nnti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf. Dia berkata, " Wahai Abu Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Lalu airmatanya bercucuran. " Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah," katanya sambil teresak-esak.

Nota kaki: Sirah pilihan, sebagai peringatan dan renungan bersama.

Antara saat mustajab utk berdoa

Tahukah anda, tempoh di antara Azan dan Iqamah merupakan saat mustajab untuk berdoa. Rasulullah menekakan ;
" Sesungguhnya doa tidak ditolak antara azan dan iqamah. Oleh itu, berdoalah ( kalian )". ~ (Musnad Ahmad, No: 12584 dengan sanad )

Doa selepas azan;

" Ya Allah! Tuhan pemilik seruan azan yang sempurna ini dan solat yang didirikan. Berikanlah kepada Nabi ( Muhammad ) wasilah dan keutamaan serta bangkitkanlah baginda ( di hari akhirat kelak ) pada kedudukan yang tertinggi sebagaimana yang telah engkau janjikan ".

Dan dianjurkan membaca selawat setelah akhir doa diatas.
" Ya Allah, Berselawatlah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad "

Setelah itu, mohonlah doamu. Allah Maha Mengetahuinya. Mengadulah seberapa banyak pada Allah, dan mintalah pada Allah, Semoga Allah memperkenankan dan memakbulkan stp doamu...InsyaAllah.

Sep 15, 2011

Cukuplah Allah dihati ini...

Aku..
sudah bosan dgn ceritera CINTA!!

Bkn membenci, tp cukuplah rasa cinta ku ini aku salurkan lebih kepada Allah.. Yg lebih setia menemani akan setiap makhlukNya.

Kalian....
Pernahkah merasai akan perasaan bilamana kita merasa sgt dihargai, diberi pengharapan, lalu timbul rsa ingin bersahabat, mengenali, mengagumi dn mula terbit perasaan mnyayangi walaupun hanya dlm senyap..ya, aku lalui segalanya. Kerna aku seorang wanita berjiwa lembut..

Menerima Dia sbg insan yg paling aku kagumi. Dgn karektor yg pelbagai, cukup 'indah' dipandangan ku. Namun ini barangkali cuma impian dlm hati. Terlaksanakah segalanya? Ia bkn cerita dlm novel, atau drama-drama korea penuh babak terindah yg mngusik kalbu. Ini kenyataan. Kisahku dlm kehidupan yg nyata.

Dulu, disaat aku 'jatuh' dr kenyataan hidup yg pahit utk aku fahami, kau dtg dgn memberi sepenuh harapan. Memberi aku semangat ttg hidup ini. Berkongsi segalanya dgn aku. Tanpa ada rahsia. Dan dlm senyap aku mula tersenyum... Aku terima dirimu sbg teman terindah ku. Teman yg begitu rapat, masuk dlm hati.. memberi aku sinar..

Namun, hanya dgn sekeping gambar, hati ini merasa 'sakit'... aku tahu, tidak layak barangkali mempersoalkannya.. Dn kerana sekeping gambar itu, kepercayaanku padamu akhir terlerai satu persatu.. Tanpa henti bibir ini beristiqfar hnya kerana menahan rsa dr terus memikirkan yg bukan-bukan ttg dirimu.. ttg kata2mu yg jauh dr kenyaataan tersebut. Aku rasa MARAH?KECEWA? atau barangkali TERTIPU? berulang kali aku cuba menahan diri. Mengunci bibir dr berbicara, ku biarkan utk kau meluahkannya sendiri... namun, ttp senyap!! Seperti tidak pernah berlaku apa2 selama ini. Seperti kau tidak pernah mnyembunyikan apa2 dariku...

Kalau benar kau tunangan org, mengapa kau pinta utkku agar tidak melupaimu??? sungguh, aku tidak akan mengingatimu andai benar kau sememangnya adalah tunangan org.. cukup sampai disini rsa cintaku dan rsa kagumku padamu...

Aku juga akan diam membisu kerana hati ini seakan dapat merasainya kau mngkin bakal meninggalkan diriku... Aku cuba tahankan hati ini.. menerima setiap kenyaataan kerana hatiku yakin dan pasti Allah ada utkku meskipun kau meninggalkan aku...

Dan cukuplah ALLAH sahaja dihati ini...

Aug 21, 2011

Gigi BESI??!!









Nak kena bangga sangat ke kalau pakai braces ni?? Ada org jawab, HARUS!!! EH, MESTILAH... hm, takda nk bangga sangat tau... bagi saya la.. org lain saya tak tau..msti bangga sgt sbb dpt pakai braces...

Pakai braces skrg ni adalah trend...Gigi cantik da teratur, tp gara2 nak ikt kawan2 yg ada pakai braces, dia pun sibuk nak pasang juga. Ni kisah benar.. takda masa nak mereka-reka benda2
mcm ni.. hihi...

hm, tp malulah nak kasi tayang kat org, gigi ada braces. Gigi pakai 'besi'...

" Eh, dlu mesti gigi camna? "
" Tak susah ke nak makan pakai 'benda' tu "
" Tak sakit ke pakai kat gigi macam tu? "
" Berapa lama lagi nak pakai kat gigi tu "
" Eh, cantiknya gigi... " <--- ayat ni mcm sgt2 mnyindir kan...?

( ni di antara soalan2 yg mmg wajib akan ditanya..)

Boring nak jawab soalan2 ni. Tp nak buat camna... hm, ada 10x rawatan, lepas tu ble BEBAS...dlu Misha Omar pn pakai braces skrg da cantik giler2 kan... Atilia pn da pkai juga skrg kan...

Pakai braces ni bkn tujuan utk kecantikkan je tau. Ia utk kesihatan juga.. Sebenarnya bergantung pada niat masing2la.. stp org ada haknya sendiri....

Apapn, merendah diri tu lebih baik..:)


taraaaaaaaaaaaa!!!! da cantik..:)




Feb 20, 2011

~ 20 feb

20feb 2011...
tarikh keramat utk sy.. cahayamata pertama, lambang cinta buat mak dn ayah..cucu pertama utk atuk nenek sblh ayah..kakak sulung dr 7beradik..

dan sekarang, genap usia 29thn sy bernafas d bumi Allah...alhamdulillah... semua pengalaman lepas mematangkan lagi sy.. syukur, Allah masih sygkan sy utk merasai segala nikmat yg ada..

terima kasih xterhingga utk ucapan2 yg xhenti2 sy terima melalui panggilan tepon, sms, fb... .. sgt2 sy hargai..rsa terharu dn dhargai meresap disegenap jiwa dn hati sy.. doa kalian sgt bererti buat sy..

SY SAYANG KALIAN SEMUA SUNGGUH2 DLM HATI NI.. SEMOGA KALIAN SAHABAT DUNIA AKHIRAT SY...

Feb 18, 2011

Inilah Kisah Cinta Salman Al-Farisi

Pernah dgr nama Salman al-Farisi?? salah seorang sahabat Rasulullah.. mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain utk mencari agama yg benar, agama Islam.. sebagaimana kisah beliau dlm mencari kebenaran dlm agama, kesungguhan dan ketabahan beliau, sehinggalah menemukan agama Islam sbg agama benar..begitu jugalah hebatnya kisah cinta Salman al-Farisi..

Inilah kisah cinta Salman al-Farisi....

Kisahnya begini, di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama. Dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi... penuh warna dan cinta.

Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.

“Subhanallah... alhamdulillah” terpancut kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.

Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.

“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya” berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.


“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang utama. Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

“silakan tuan...” balas Abu Darda’.

Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.

“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan”

“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua.. sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.

Subhanallah... jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda’ sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman al-Farisi. Bayangkan andai kita berada di posisi Salman al-Farisi, mungkin kita telah menyalahkan diri kerana telah tersilap membawa pendamping, teman bicara. Namun lain pula jawapan Salman al-Farisi;

“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.

“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.


Begitulah jawapan Salman al-Farisi. Subhanallah, begitu kagum dan ta'ajubnya sy ketika membaca kisah cinta beliau. Reaksinya yg begitu bersahaja sudah menunjukkan yg beliau adalah pencinta sejati. Akur akan ketentuan Allah swt. Sejatinya bkn kerana beliau adalah sahabat Rasulullah, tetapi rahmat dan kasih syg Ilahi yg sentiasa menemani sekeping hatinya utk terus MEMBERI...teringat sy akan satu ayat ni. MEMBERI itu tidak bererti mengurangi apa yang ada, tp bersyukur dgn apa yg dimiliki, tidak haloba dgn apa yang tiada..

Salman al-Farisi yg begitu setia dan utama disisi Rasulullah juga diuji sedemikian hebat apabila cintanya ditolak oleh gadis solehah idamannnya. Dan yg lebih mengejutkan lagi, sahabat baiknya yg pada mulanya dijadikan 'teman bicara' utk meminang pula yg menjadi pilihan si gadis solehah.

Dan bagaimana pula reaksi jika kita meletakkan diri kita ditempat dan situasi Salman al-Farisi? mampukah kita memberi dn membenarkan segalanya dgn keikhlasan?? sudah pasti akan timbul sedikit rsa marah pada mulanya dan diikuti rsa terkilan. Tapi berbezanya dgn Salman al-Farisi. Beliau begitu kuat menerima setiap ketentuan Illahi dgn penuh rsa syukur dan redha. Baginya, satu pekerjaan yg besar lagi mulia adalah dgn MEMBERI...

Kisah beliau mengajar kita bahawa tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah swt. Yang Maha mngetahui tentang sesuatu yg tidak kita ketahui..


~kisah cinta Salman al-Farisi ini saya ambil dr blog Tarbiyah Dzatiyah utk dikongsi bersama di sini..

Feb 17, 2011

Cinta sy xseberapa jika nak bandingkan dgn cinta Salman al-Farisi

saya ada membaca kisah cinta Salman al-Farisi.. sedikit tersentuh dgn pengorbanannya. klu sy ditempatnya, mana mngkin sy sanggup mnyerahkan cinta sy pda sahabat sy sendiri. mngkin juga sy akan rsa kecewa kerna cinta sy ditolak.. namun rsanya cinta kita pada Allah lgi besar dn bermakna dr segala-galanya..itu yg sy sgt pasti...sebab Allah sentiasa ada bersama dgn kita walaupun kadang kala kita terlupa akanNya...tp Allah xpernah lupa dgn hambaNya..dn kerana itu, Salman menyerahkan keseluruhan rsa cintanya pada Allah..

Sepertimana firman Allah dlm surah Al-Baqarah, ayat 216 : ' ..boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mngetahui, sedang kamu tidak mengetahui...'

dan boleh bayangkan x, betapa sakit dn derita bila mnanggung segunung rsa rindu pada sesuatu yg kita sygi dlm senyap?? boleh pandang dr jauh je. nk sentuh, nk gapai.. tangan xsampai.. dlm senyap memendam sendirian.. cuma mampu menitip lewat d stp doa2.. hubungan yg tidak bernama, apa lagi xberpenghujung ni membuatkan sy rasa seolah2 ingin mngalah..putus asa? barangkali.. cuma rsa d hati ni masih gagal berbuat demikian.. blum rsa puas hati sehingga sy tahu jawapannya.. sy memang degil..degil sgt!!! perlu sgt ke jawapan tu??? perlu!!!! hmmm, ( mngeleng kepala ) isk...mmg sgt degil..sbb dia da kacau hati sy.. dia da ambik hati sy tanpa sedar..

tp sy sedar, mana mngkin sy memaksa utk mendapatkan apa yg sy inginkan.. sy serahkan pada Allah, sbb DIA lebih mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya.. dan sy redha andai ada yg lebih terbaik dr dirinya...