Mutiara kata

Sep 29, 2011

Ketahui 5 PERINGATAN PENTING!!

Suatu hari, seorang lelaki datang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, " Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar melakukan maksiat. Tolong berikan aku nasihat. " Setelah mendengar perkataan tersebut, Ibrahim berkata, " Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, " Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, " Syarat pertama, Jika kamu kamu bermaksiat dgn Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu, dia mengenyitkan kening seraya berkata, " Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada dibumi ini rezeki Allah??"
" Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. " Kalau kamu sudah memahaminya, mngapa masih ingin memakan rezeki-Nya sedangkan kamu selalu berkeinginan untuk melanggar larangan-Nya?"

" Yang kedua, " kata Ibrahim, " Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! ". 
Syarat ini membuatkan lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, " Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?".  
" Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, " Kalau kamu mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat dilihat olehNya!".
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, " Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
" Ya, kalau yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan untuk melakukan maksiat?" Kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, " Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu melakukan amal soleh."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, " Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

" Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

" Baiklah, apa syarat kelima?"
Ibrahim pun menjawab, " Wahai Abdullah, sekiranya malaikat Zabaniah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nnti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf. Dia berkata, " Wahai Abu Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Lalu airmatanya bercucuran. " Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah," katanya sambil teresak-esak.

Nota kaki: Sirah pilihan, sebagai peringatan dan renungan bersama.

0 comments: