Mutiara kata

Jan 31, 2009

Percaya tak???

korang percaya tak pada SAKA dan 'belaan'??xtau camna nak mulakan. nak share pengalaman ni.. ari tu aku borak ngan sister in-law-to be la pasal seseorang yg pada kami ada menyimpan belaan. time tu da jam dlm lebih kurang 11.30 mlm. Mmg kami sgt2 tak mngemari cara lelaki ni.. dlm erti kata lain, KURANG AJAR dan suka bermuka2. Mmg dia ada belaan. Tujuan disebalik dia membela benda tu, semata2 utk kepentingan dirinya.

Di jadikan citer, lebih kurang dlm jam 4pg, aku tersedar. time tu aku tdo sorang kat bilik. D sudut ujung katilku, di tepi kaki ku, berdiri 'seseorang', kecil, rendah ( budak umur 6,7thn ), berambut panjang...sedang memandang tajam diriku. Yg terkeluar dr mulutku "YA ALLAH" lalu beristiqfar..dada da dub-dub..berdebar..aku baca 2kalimah shahadah, lalu tarik selimut dan sambung tdo sampai subuh..bila bangun pagi, terasa badan sgt2 letih n penat, n gastrik rs sakit sgt2 sampai terpaksa makan ubat penahan sakit..bila ku ceritakan pada mereka2 yg berkenaan, sahla empunya 'benda' itu lelaki yg kami perkatakan smlm..

Aku xnak percaya semua ni, tp org kata, belaan ni akan melindungi tuannya. bertindak sebagai 'repoter'.mungkin dia sengaja nak memperlihatkan dirinya padaku. Lelaki ni pernah dtg ke rumah sebagai tetamu dan kami melayannya seperti tetamu juga. Namun sebalik 'kebaikan'nya, tersembunyi agendanya yg teramatla teruk. Menuntut pelbagai ilmu kurafat.. wallahualam..skrg sebagai pendiding diri, aku banyakkan membaca yassin, surah kursi...Aku bersaksi tiada tuhan yg disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah...

wahai teman2 ku, berhati2la kalian bila mengenali dan berkawan dgn seseorang. jgn kerna nila setitik, rosak susu sebelangah. jgn mudah menerima pemberiannya tnpa sebab. jgn mudah menjemputnya ke rumah. jgn mudah meletakkan kepercayaan kepadanya. kerana boleh jadi setiap kebaikan yg kita berikan akan d balas tuba.

p/s: lelaki yg d maksudkan itu, bg yg tau cerita mngenainya dulu, dia la orgnya..namun aku bersyukur kerana diri ni masih bersih dr 'pugai'nya...sebenarnya lelaki keparat ni mmg suka memugai utk kepentingan sendiri..insyaallah, kami dalam usaha memulihkan insan2 yg tersayang dr 'pugai'nya.semoga di permudahkan segala urusan.

sesungguhnya allah benci dan melaknat mereka yg mnyekutukan Allah.


pugai=membuat sesuatu pada seseorang utk kepentingan diri sendiri, sebagai penunduk

cth:
Dukun itu mngunakan pugainya utk memikat ati anak dara pak leman.



Jan 26, 2009

Gong Xi Fat Choi

Duduk di kawasan perumahan yang kebanyakkannya berbangsa Cina, bagiku merupakan salah satu point utk turut merasai bahang kemeriahannya Tahun Baru Cina. Belakang rumah, kiri, kanan..xlepas dari dentuman bunga api dan mercun. Memang agak sedikit menganggu tp bagiku tak mngapa. Bukannya sering terlihat n mendengar bunyi mercun dan bunga api tapi hanya d tahun baru cina ni je berpeluang merasai kehangatan sambutan perayaan kaum cina.


Bukan yg berayakan tahun baru cina je yg xcited ngan bunga api dan mercun. my adik2 juga tak ketinggalan memeriahkan kemeriahan bunga api smlm..ni la yg bestnye duk d kawasan perumahan yg penduduknya berbilang bangsa. Ada melayu, dusun, cina..hmm, yg takda cuma india je..heheh..

p/s: sori xdpt nak upload video..

Jan 24, 2009

huh!!!!


Hari ni aku rasa 'sebel' sama tu org!!!!!

mo saja aku teriak ni org..xpandai mngerti perasaan orang...





sebel=menyampah!!!!

Jan 21, 2009

Memori 2008

Ruangan memori ini bukan bermaksud utk aku mngimbas kembali masa yang telah berlalu pergi. Cuma sekadar utk berkongsi rasa hati yang mana apa yang terjadi sepanjang tahun 2008 lebih byk memberi pengajaran pada diri ini agar lebih berhati2 d masa akan datang. Agar lebih matang menongkah arus yg semakin deras.

Sepanjang 2008, tanpa sedar..begitu cepat masa berlalu pergi. Pada tahun lepas, aku belajar utk tidak mudah mempercayai orang. Ada pepatah mengatakan "dont judge by the cover". Tp bagaimana sekiranya apa yg tergambar d wajah, tersirat n tersurat pada kelakuan akhirnya mnggambarkan bahawa dia bukan seseorang yang baik???

aku mmg tak gemar, xsuka mngandaikan seseorang hanya melalui wajah. Namun setelah aku mngenali dia, ternyata 'buruk' wajahnya adalah seburuk perilakunya juga..xperlu rasanya d nyatakan perbuatannya d sni, namun cukupla sekadar aku ingin memberitahu diriku, jauhi dirinya..aku anggap diri ini tak pernah mengenalinya.. dan khabar terkini yg aku dgr ttg dirinya, dia cuba sekali lagi untuk memusnahkan kehidupan org yg aku sayangi juga... Ya Allah, aku hanya mampu berdoa padaMU,

"Ya Allah..kami mohon padamu, jauhilah kami semua dr bisikan syaitan yang bertopengkan manusia. Jauhkan dan hindarkan kami semua dr fitnah dunia.. Berikan kami kekuatan dan kesabaran, hati yang cekal melalui ujian hidup ini. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang tidak kami ketahui. Amin Ya Rabbal Alamin"

Semoga dia masih ada ruang utk bertaubat selagi ajal belum menjemput. Namun utk aku bersemuka dgnnya, agak payah dan sukar. Bagiku, penipuan yg dilakukan, keaiban yg dilakukan pada kami, pembohongan sukar utk d maafkan..Memang aku akui, tanpa kemaafan d hati, mana mungkin hidup akan tenang.. Aku sedang belajar utk memaafkan dia. Tp xmungkin aku dpt memaafkan dia 100%.



Jan 20, 2009

Damai Yang Hilang

Untukmu Palestine..

Tercalar pelangi di hiris gerimis
Senjapun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah di sirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikah maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan


Album : Saujana 5 Bintang
Munsyid : Saujana

Jan 17, 2009

Tree Of Heaven

Lee Wan & Park Sin-Hye


Petang-petang camni, layan drama korea " Tree Of Heaven "..adeh, apasal kebanyakkan citer korea ni sad ending..klu ikut hati yang jiwang kenkadang ni, mmg mngalir air mata tgk citer ni..tp mcm tak puas hatilah, LEE WAN ( watak utama sbg Jung Shu ) mati. banyak scene2 drg ni buat aku hampir2 sangat nak nangis. Mmg minat sgt ngn Lee Wan. Hahahah..kan best klu dia tau aku ni peminat dia dr Malaysia...
romantik sgt2

Well, dr dlu sampai sekarang, aku xpernah boring tgk citer korea. dari tgk citer hindustan yg bebalik menari sampai beberapa ekar, baju bertukar2..boring!!!! upps..jgn marah ya penggemar hindi movie. sori, aku tak minat sgt klu citer hindustan ni.. Lebih suka layan drama korea. :)


Lee Wan..hensem kan..:p abot mesti gelak sakan la ni...


xtau la napa giler bangat ngan citer korea.. rs mcm tension tu ble hilang tgk drama korea ni. Bukan nak bangga2 kan filem luar dari tempatan tp itula hakikatnya.

Jan 15, 2009

INFO : Orang Gemuk Cepat Tua

Menurut kajian yang dilakukan mengenai masalah "chromosomal clock" pada sel tubuh badan manusia, masalah kegemukan atau obesiti akan mempercepatkan proses penuaan jika dibandingkan dengan tabiat merokok.

Tim Spector, dari Hospital St. Thomas, London telah melakukan 'telomere', iaitu kajian mengukur tahap kepanjangan kromosom pada sel darah putih. Kajian ini dilakukan terhadap 1122 orang wanita berusia di antara 18-78 tahun. Setiap kali sel terbahagi dua, telomere akan kehilangan sepotong kecil DNA.

Ketika ia menjadi terlalu pendek, sel tidak lagi berupaya utk terbahagi dua. Pemendekan telomere ini berlaku sebagai "chromosomal clock", melakukan perhitungan ke bawah terhadap generasi selular. Semakin pendek telomere, manusia akan semakin tua secara fizik.

Spector jg menemui bahawa sel2 darah putih daripada wanita yang lebih muda memiliki telomere lebih kurang sepanjang 7500 ukuran dasarnya. Panjang telomere ini akan mnyusut seiring dengan pertambahan usia dan rata-ratanya di antara 27 ukuran dasar per tahun.

Bila faktor gaya hidup dimasukkan ke dalam pengukuran, maka satu perubahan drastik akan muncul. Perbezaan di antara mereka yang mengalami kegemukan dan mereka yang mempunyai tubuh badan yang langsing mencapai 8.8 tahun. Ini bermakna mereka yang lebih gemuk akan mengalami proses penuaan 8.8 tahun lebih cepat.

Uniknya, kaitan di antara konsentrasi leptin yang tinggi dengan pemendekkan telomere jauh lebih kuat daripada hubungannya dengan kegemukan apabila ia diukur berdasarkan indeks massa tubuh. Leptin adalah hormon pengawal nafsu makan, di mana orang yang berbadan besar atau yang mengalami masalah kegemukan cenderung kebal terhadap hormon ini walaupun mereka memilikinya di dalam kuantiti yang lebih banyak.

sumber : Mingguan Wanita

********************************************************

Pertama sekali saya memohon maaf sekiranya info ini boleh menyinggung hati dan perasaan bagi mereka yang berbadan agak 'besar'. Samada utk mempercayai atau tidak, terserah pada anda kerana saya sekadar ingin berkongsi bersama info yang diperolehi ini.

Mak saya pernah kata, orang gemuk ni sebenarnya awet muda. Lambat nampak tua berbanding yang berbadan kurus dan langsing... apapun pandangan dan pendapat, anda tentukan sendiri. Yang pasti samada Gemuk atau sebaliknya, kedua-duanya mempunyai baik dan buruknya. Bak kata Nabil ( RLA ) "Lu fikirlah sendiri"




Jan 13, 2009

PALESTIN


















" Ya Allah, Sebagaimana KAU pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon padaMU ya ALLAH. Turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang Islam Palestin. Hancurkanlah Rejim Zionis sedasyat-dasyatnya "...



"Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul".

Begitu beratnya mata ini bila memandang dan telinga ini mendengar, tatkala di corong-corong radio, berita-berita utama di TV kini begitu hangat melaporkan dan memaparkan kisah-kisah penderitaan rakyat Palestin. Apa salah mereka sehingga perlu melalui penderitaan sebegini.

Berita terkini,
13 jan 2009, angkatan tentera Zionis telah berundur dari Bandar Khuza' a pada Isnin lalu dan bergerak ke timur Khan Younis di selatan Gaza setelah menghadapi rintangan hebat di sana.
Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa askar-askar rejim Zionis meninggalkan satu kesan kemusnahan di bangunan-bangunan, tanah pertanian dan harta benda. Anggaran awal menunjukkan jentolak rejim Zionis telah memusnahkan hampir 30 buah rumah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Jan 7, 2009

I wish...


ouhh!! jatuh cinta lg pada SLR..





Jatuh Cinta???!!!


Cantikla dia tuh..pakai apa je, mmg lawa.Sesuai sangat. Allah bagi dia lebih dr segi paras rupa. Perasaan bangga terselit sebab kami adalah 'spesis jantina' yg sama.

Suka sgt tgk dia senyum..lirik mata dia, kening dia..semua buat mata ni kaku sehingga xnak tgk benda lain selain wajahnya..aku jatuh cinta ke?? yer, jatuh cinta pada wajahnya yg manis..apalagi bila dikenakan dgn tudung/selendang..mcm seorg model.. Pendek kata dia punya segalanya.

Dia mmg fotogenik...manis sgt2la. Ada orang kata, dia takla cantik sgt tp manis tu lebih dr manisnya gula dan madu..Dlm erti kata lain, dia punya daya tarikan yg 'istimewa'. Di mata ini, xpernah jemu bila melihatnya..

Inilah salah satu dari ciptaan Allah.. Terlalu indah sehingga sukar utk di ungkapkan..

Jan 6, 2009

Badan lemah..terasa spt aku...


DEMAM!!!!!!

urggghhh, malasnya nak buat keje2 ni..


Jan 5, 2009

Unik..tp pelik!!!

SRCHWANTZ

berdasarkan perkataan di atas, korang rs sebutan SRCHWANTZ tu apa???
sila jawab n komen...:)


p/s: jawapan akan diberikan kemudian