Hari ni dapat story bru utk share sama2 kat blog ni. Mungkin ada yg pernah dgr citer ni. Citer ni Memel yg citer..kisahnya camni...
Seorang gadis yg lahir dari golongan yg agak berada, taraf pendidikan yang tinggi, jawatan yang disandang juga sudah tentu tinggi.. Orangnya cantik, jelita, pintar. Pendek kata serba serbi lengkap tentang gadis ini. Suatu hari, si gadis melahirkan hasrat hati utk mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hatinya. Jejaka pilihannya adalah seorang yg terlalu sederhana. Lahir dlm keluarga sederhana, taraf pendidikan yg tidak setinggi mana, kerja juga begitu. Dari segi paras rupa juga adalah kurang. Jika dibandingkan si gadis dan si jejaka ni, ibarat 'beauty and the beast'...
Keluarga si gadis menentang perhubungan si gadis dan jejaka ini. Bagi mereka, anak gadisnya lebih layak utk lelaki yang setaraf dengan si gadis. Namun si gadis tetap berdegil utk memilih jejaka tadi sebagai suaminya. Bila ditanya mengapa si gadis memilih jejaka itu, jawapannya " saya rasa selamat bersamanya ".
Akhirnya si gadis tetap berkahwin dgn jejaka tersebut walaupun kluarga si gadis seperti tidak merestui hubungan mereka. Selama 15 tahun mereka hidup sebagai suami isteri, di kurnia 3 orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama. Namun selama 15 tahun itu jugala keluarga si gadis masih kurang mnyakini pilihan anak perempuan mereka itu. Walaubagaimana sekalipun usaha jejaka utk memikat, mngambil hati keluarga mentuanya, tetap sia-sia. Bagi mertuanya, segala apa yang jejaka td usahakan semuanya adalah dr anak perempuan mereka sendiri.
Di takdirkan selepas 15 tahun bersama, anak perempuan mereka sekali lagi disahkan mengandung. Namun ketika dlm tempoh mengandung, dia mengalami tumpah darah serta koma selama 3 bulan. Doktor yang merawatnya telah mngesahkan bahawa anak perempuan mereka koma. Pelbagai usaha dilakukan supaya si gadis kembali normal spt biasa, namun hasilnya tetap negatif. Akhirnya doktor memutuskan kepada keluarga si gadis agar mengambil keputusan utk 'menamatkan' sahaja nyawa si gadis agar tidak lagi menangung derita sepanjang dlm keadaan koma. Namun suami c gadis tetap berdegil..Dia tetap usaha. Tetap menjaga isterinya siang dan malam tanpa mengenal penat dan letih...
Namun begitu, si gadis masih dlm keadaan koma. Doktor akhirnya menetapkan tarikh dan tempoh tertentu. Sekiranya tidak ada tindak balas positif dr si gadis, segala bantuan pernafasan, bantuan riwayatnya selama ni akan diberhentikan. Tandanya si gadis ' di matikan '. Suaminya berdoa semoga Allah panjangkan usianya. Dan pada petang itu, d mana tempoh yg diberikan dktor kepada si gadis utk hidup lebih lama dgn bantuan rawatan itu, si gadis mula bertindak balas dgn mngerakkan hujung jarinya. Seisi keluarga merasa gembira dgn tindakan positif si gadis. Beberapa hari selepas itu, akhirnya si gadis sedar dari komanya. Namun, sekali lagi dugaan mendatang. Doktor mengesahkan si gadis lumpuh seumur hidup.
Walaupun si gadis lumpuh, cacat, dan x berupaya, si suami tetap setia menjaga dan menemaninya sehinggala kini. Usia sudah mnjangkau 'senja', namun kasih si suami masih segar seperti dulu. Kini barulah keluarga si gadis mengetahui jawapan sebenarnya mengapa si gadis memilih jejaka tadi sebagai suaminya. Dan si gadis juga telah yakin dan pasti ini la jawapan bagi pertanyaan2 kluarganya satu masa dahulu tentang pilihannya dulu... Jejaka itu, yg kini adalah suaminya, walaupun orangnya serba serbi sederhana, namun kasih syg, perhatian yang diberikan membuatkan si gadis rasa selamat dan bahagia bersamanya..semoga kasih mereka kekal bersama hingga ke hujung nyawa.
Alangkah indahnya jika kita juga dipertemukan jodoh seperti itu. Seorang lelaki yang bertanggungjawab, penyayang, setia serta menjaga kita sepanjang hayat. Menjadikan kehidupan ini sangat bermakna, sehingga berasa sangat selamat bila bersamanya.. Rupa, pangkat, harta bukan mnjadi ukuran sebalik peribadi mulia menjadi sandaran. Tidak ada yang indah dlm dunia ni kecuali memiliki pasangan yang benar2 setia, penyayang, bertanggungjawab dan mnjaga kita sepanjang hidup di samping keluarga yang bahagia.