Sea Lamprey atau lebih dikenali sebagai ikan 'vampire' 'pontianak', merupakan sejenis ikan yang menyamai belut, tidak mempunyai rahang namun mempunyai mulut yang berbentuk corong dan bergigi tajam. Hidup dengan cara menghisap darah dan cecair dari badan ikan-ikan lain. Dengan menggunakan giginya yang tajam, ia akan melekatkan dirinya pada ikan lain sebelum mengorek daging isi dan menghisap darah serta cecair di badan ikan yang mnjadi mangsanya.
Pusingan hidup bagi Sea Lamprey secara semulajadi bermula daripada penetasan di sungai dan kehidupan dewasanya di laut. Apabila ia mula menjadi ikan parasit dan bergantung hidup dengan darah dan cecair ikan lain yang dihisapnya sehingga hanya dengan beberapa minit sahaja mangsanya akan mati akibat kehilangan darah dan jangkitan kuman. Biasanya Sea Lamprey jantan dan betina yang kekenyangan akan mencari
Umumnya, setiap seekor Sea Lamprey mampu memusnahkan sehingga 20kg ikan trout sepanjang tempoh ia menjadi 'parasit'.
INFO: Lamprey laut ( Sea Lamprey )
~ Lamprey laut atau nama sainsnya Petromyzon marinus
~ Asal dari Lautan Atlantik, boleh ditemui di timur Amerika dan Kanada
~ Hanya wujud di kawasan Tasik Besar
~ Kali pertama dikesan pada 1936 di Tasik Michigan
~ Mempunyai bentuk seakan belut, keluarga ikan tanpa rahang yang sudah wujud sejak zaman dinosaur, panjang antara 20 hingga 40 sentimeter, bahagian belakang berwarna coklat gelap, bermulut bulat dengan gigi tajam, mata besar berwarna merah
~ Menjadi ikan parasit apabila dewasa
~ Ikan lamprey air tawar ditemui di perairan Washington, sesetengahnya menjadi ikan parasit dan ada yang tidak
~ Ikan lamprey air tawar parasit: silver lamprey, chesnut lamprey
~ Ikan lamprey air tawar bukan parasit: Spesies northen brook lamprey, American brook lamprey.
0 comments:
Post a Comment