Umumnya, dalam program diet, selama 5 hari seminggu anda harus membataskan kuantiti makan anda. Jika masih lapar, anda hanya dibenarkan untuk memakan makanan seperti buah-buahan atau meneguk segelas air. Seterusnya setelah letih mengikuti program diet, anda merasakan ingin berlibur dari program diet. Terasa ingin bebas makan apa sahaja. Namun dalam masa yang sama, anda mahu kekal ramping dan langsing.
Berikut adalah beberapa tips agar kekal ramping dan langsing.
1. Anda masih boleh menikmati makanan berkalori asalkan anda mematuhi 'peraturan 80/20'( 80% - wktu menjalankan rutin harian yang sihat, 20% - waktu fleksibel utk diri sendiri, makan semua makanan yang digemari). Kek atau aiskrim di ambil dlm kuantiti sederhana dan dlm masa yang sama anda bergerak aktif. Boleh berjalan kaki, berkebun atau bersenam selama 30 minit.
2. Jangan lupa mengambil sarapan pagi. Ini bagi mengelakkan rasa lapar di luar waktu makan. Mulakan hari anda dengan sarapan yang sihat.
3. Terasa ingin menikmati coklat/makanan manis yang boleh 'menenangkan' diri anda?? Teruskan, tapi ada caranya...........
i. Ambil sepotong coklat dan gigit sedikit. Nikmati rasanya. Mulakan dengan memberi
tumpuan pada rasanya, kemudian TELAN.
ii. Setelah habis, gigit lagi dan lakukan perkara yang sama untuk gigitan yang seterusnya.
( cara ini akan membuatkan anda sedar, rasa coklat pada gigitan kedua tidaklah
'seenak' gigitan pertama tadi!!! )
iii. Gigitan ketiga, anda akan rasa biasa dan seterusnya gigitan keempat semakin terasa
hambar. Inilah masanya anda berhenti menikmati coklat.
SELAMAT MENCUBA!!!!!
0 comments:
Post a Comment