Sekarang ni waktu rehat pejabat. Sambil2 tunggu memel tuk makan bersama, sy tertarik utk membaca buku hasil karya Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj - Membina Hati Bahagia.. Sangat tertarik dgn tajuk kecilnya "Apapun, Jangan Pendam ".
Ada kebenaran dari setiap hasil nukilannya. Saya gemar membacanya selain utk menambahkan motivasi diri dr segi luaran dan dalaman. Secara amnya, majoriti rakyat kita gemar memendam perasaan berbanding meluahkannya.Memendam itu membuktikan kesabaran. Namun sampai bila ianya akan bertahan? Menurut Dr Tuah, "memendam perasaan itu ibarat memasang bom jangka. Ia hanya menanti detik yang telah ditetapkan utk meletup, tetapi memendam perasaan mungkin lebih cepat lagi. Memendam rasa, baik yang elok mahupun tidak, semuanya pasti meletup. Yang diperam pasti masak, yang direbus pasti mendidih, dan yang ditanak pasti menjadi bubur".
Ada kebenaran kan dari kata2nya? mengapa mesti memendam? mngapa tidak diluahkan saja agar beban di hati menjadi ringan. Ringankanlah bibir mengungkap kasih, syg, maaf pada yg berkenaan. Selagi ada masa mngapa perlu kita mempersiakan? atau perlukan kita menanti hari2 baik, bulan baik, baru meluahkan perasaan yg terpendam itu??
Sebenarnya saya juga kadang2 tidak lari dari sikap suka memendam perasaan. Tidak kirala benda itu baik atau sebaliknya.. lebih elok jika sy belajar memberanikan diri meluahkannya agar beban di hati mnjadi ringan, dan hidup mencapai kebahagiaan kerana sewaktu membaca buku ni pun, sy juga sedang memendam perasaan.
Sebenarnya banyak lagi bab2 dalam buku Membina Hati Bahagia ni.klu ada kesempatan bacalah. penuh dengan pelbagai motivasi diri.
Nota Kaki : Dunia ini hanyalah 3 hari: hari yang telah berlalu, maka tidak ada lagi kesempatan ditanganmu dari hari tersebut. Hari esok yang tidak dapat mengetahuinya, entahkan dapat menemuinya ataupun tidak. Dan hari pada saat kamu berada di dalamnya. Oleh itu, pergunakanlah dengan sebaik-baiknya. - ( Nabi Isa a.s )
This is sucks!
-
Hi..
It has been a while I did not write anything about my day. My last post was
in July 2016 about that guy who used to text me on occasional basis. Day...
8 years ago
4 comments:
nora, buku ko ka tu? nanti kita tukar2 baca mo? sa ada 2 suda buku c Tuah..
owhh..bole2...iya buku ku darlink..sgt memberi motivasi kan buku TUAH tu...
hmm.. bole la.. sebab sa nda berapa suka bila dalam 1 buku tu, bab dia bertukar2 tanpa kaitan. baru2 ni sa br abis baca "BUAT SAMPI JADI". buku yg lama lagi satu "NAK KE TAK NAK" tu sa kena cari balik sd d mana. sa rasa sa lagi suka yg tu dr yg baru ni.. ko nda dftr jd member dia d web? sa pernah try dulu tp nda jg kena send pword utk sa..
blum daftar lg.heheh..ba, cari dlu a, pastu kasi pinjam sy..:)
Post a Comment